3 Aplikasi Pembelajaran Online Yang Mudah Digunakan

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

aplikasi pembelajaran online

Aplikasi pembelajaran online banyak digunakan oleh guru-guru semenjak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mula mengumumkan untuk melaksanakan pembelajaran online memandangkan pandemik COVID-19 masih belum pulih.

Keadaan ini mengakibatkan semua pelajar terpaksa menormalisasikan diri mereka agar belajar melalui atas talian.

Terdapat banyak cabaran-cabaran untuk melaksanakan pembelajaran online. Maka, kami tertarik untuk berkongsi tentang 3 aplikasi pembelajaran online yang mungkin akan membantu guru-guru sewaktu pembelajaran online.

Aplikasi Pembelajaran Online

Untuk belajar, aplikasi pembelajaran online diperlukan ketika ini. Ada kebaikan dan keburukan tersendiri, namun demikian,  keperluan terdesak kini memerlukan aplikasi ini terus giat diguna untuk meningkatkan akses pembelajaran.

Apakah maksud Aplikasi?

Maksud aplikasi berdasarkan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka adalah satu atur cara atau program komputer yang direka khusus untuk kegunaan tertentu. Dengan wujudnya sesuatu aplikasi, ia memudahkan para pengguna untuk menyampaikan sesuatu maklumat atau informasi kepada orang lain secara maya.

Manfaat Aplikasi Pembelajaran Online

  • Mampu menarik minat pelajar ketika sesi pembelajaran online.
  • Mengukur tahap kefahaman pelajar tentang topik yang diajar.
  • Mendedahkan pelajar dengan teknologi digital.

Jenis-Jenis Aplikasi Pembelajaran Online

Antara aplikasi yang terkenal dalam kalangan guru-guru di Malaysia untuk melaksanakan pembelajaran online adalah aplikasi WhatsApp, Telegram, Google Meet, Google Classroom dan Zoom. Semua aplikasi yang dinyatakan tersebut sering digunakan oleh guru kerana mudah untuk diselenggara dan memuatkan lebih 50 orang dalam satu-satu masa.

Namun hari ini, kita ingin berkongsi aplikasi lain selain aplikasi-aplikasi tersebut. Mari kita lihat aplikasi yang boleh membantu guru-guru untuk membina soalan secara online.

  1. Kahoot !

Kahoot merupakan satu aplikasi permainan yang mampu menarik fokus pelajar dan mengukur tahap pemahaman mereka terhadap pembelajaran. Lebih menarik lagi, aplikasi ini membolehkan para guru untuk membina soalan dan jawapan sendiri berdasarkan topik yang diajar pada hari tersebut.

Menarik lain :  Syarat Kemasukan Kolej Matrikulasi 2021

Selain itu, guru juga boleh membina soalan dengan memasukkan audio, video atau rajah yang berkaitan dengan soalan yang ingin ditanya.

Aplikasi Kahoot antara aplikasi yang mudah diselenggara dan ia tidak mengenakan sebarang caj sepanjang penggunaan, untung bukan? Oleh itu, anda bolehlah mencuba untuk membina soalan dalam aplikasi tersebut dan baca Cara-Cara Menggunakan Aplikasi Kahoot.

2. Google Form

Google Form adalah salah satu aplikasi percuma di bawah Google. Aplikasi ini mesra pengguna kerana terdapat pelbagai fungsi untuk memanfaatkannya. Contohnya, dalam bidang penyelidikan, kebiasaannya para penyelidik menggunakan aplikasi ini untuk membuat tinjauan soal jawab tentang penyelidikan mereka.

Begitu juga fungsinya dalam bidang pendidikan. Guru-guru boleh menggunakan Google Form untuk mereka soalan yang berkaitan dengan topik pembelajaran. Bezanya dengan aplikasi yang lain adalah Google Form ini kelihatan sedikit formal dan hanya boleh memasukkan rajah ketika membina soalan.

Anda perlu cuba membina soalan menggunakan aplikasi ini kerana ia sangat mudah. Rujuk video di bawah untuk bantu anda menggunakan Google Form.

3. Wordwall

Wordwall adalah aplikasi yang memberi lima template percubaan secara percuma dan yang paling menarik adalah permainan pembelajaran di dalam aplikasi ini jarang-jarang dijumpai di dalam aplikasi lain. Anda hanya perlu mendaftar akaun menggunakan emel anda dan anda boleh menggunakan semua template yang tersedia. Antara template yang terdapat di dalam Wordwall adalah Unjumble, Word Search, Random Wheel dan banyak lagi.

Aplikasi ini sesuai digunakan untuk pelbagai subjek termasuklah subjek Bahasa Arab kerana ia membenarkan untukmenggunakan tulisan jawi semasa membina soalan dan jawapan.

Kami berharap agar artikel ini mampu membantu guru-guru untuk menjadi lebih kritis dan kreatif untuk pembelajaran online nanti. Selamat mencuba !

Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Mr.Reading
Mr.Reading
2 years ago

Boleh cuba ni