Ad Blocker Detected
Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.
Sekolah masih belum dibuka tetapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 diumumkan dan ia melibatkan hampir seluruh negeri dek kerana kes COVID-19 yang masih belum menurun di negara kita.
Jadi, sekolah-sekolah juga terpaksa ditutup dan semenjak itu, para guru dan ibu bapa bertungkus-lumus, berusaha mencari dan menyediakan kaedah yang lebih baik daripada sebelum ini untuk pastikan anak-anak selesa dan berjaya jalani proses pembelajaran dari rumah.
Anda boleh rujuk Penangguhan Sesi Persekolahan Tahun 2021 untuk maklumat lanjut.
Sehubungan dengan itu, kami akan berkongsi dengan anda 3 cara untuk download buku teks digital agar pembelajaran di rumah lebih mudah.
Cara Download Buku Teks Digital
Kaedah Pertama: Melalui Laman Sesawang DELIMA
Laman sesawang DELIMA ini dicipta oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejak tahun 2020. Maka, setiap pelajar atau guru yang memiliki emel KPM, boleh melayari laman web ini.
Cara-caranya adalah seperti berikut,
1. Anda perlu melayari laman sesawang DELIMA dan tekan log masuk.
2. Pilih akaun emel KPM dan masukkan emel yang diberikan oleh KPM berserta kata laluannya.
3. Setelah keluar paparan Menu seperti di bawah, tekan pilihan yang berkaitan dengan anda. Jika anda seorang pelajar, klik ‘pelajar’.
3. Kemudian, akan keluar paparan Menu Murid, pilih Buku Teks Digital untuk muat turun buku digital tersebut.
4. Seterusnya, pilih buku digital yang ingin anda download mengikut tahun dan subjek.
5. Akhir sekali, akan terpapar buku teks yang anda inginkan. Contoh di bawah adalah buku teks digital bagi pelajar tahun 1 sekolah kebangsaan (sk).
Kaedah Kedua: Melalui Telegram Bagi Pelajar Sekolah Menengah
Sekiranya anda terlupa kata laluan emel KPM, anda boleh menggunakan kaedah ini. Anda hanya perlu klik pilihan Tingkatan di bawah dan anda akan dibawa ke aplikasi Telegram. Klik ‘join’ dan anda akan melihat senarai buku digital yang anda inginkan.
Kaedah Ketiga: Menerusi Google Drive Bagi Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah
Bagi pelajar sekolah rendah Tahun 1-6, klik link Senarai Buku Sekolah Rendah dan anda akan terus ke laman sesawang Google Drive yang memaparkan senarai Buku Teks seperti rajah di bawah. Anda hanya perlu klik pada pilihan buku yang anda inginkan dan download.
Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba !