3 Tips Memperkenalkan Diri Semasa Temuduga

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

 

3 Tips Memperkenalkan Diri Semasa Temuduga. 99% temuduga biasanya akan memulakan dengan soalan “Sila Perkenalkan Diri”.  Ramai penemuduga memilih soalan memperkenalkan diri sebagai ice breaking sebelum bertanya soalan lain untuk mendapatkan gambaran pertama mengenai calon.

Hampir berpuluh ribu rakyat Malaysia kini menjadi penganggur akibat terkesan dengan keadaan semasa wabak covid-19. Kebanyakan syarikat meminimumkan pengambilan pekerja dan ada juga syarikat yang terus menamatkan operasi ekoran kejatuhan ekonomi. Kehidupan kini makin mencabar, ramai juga sedang “mencuba nasib” untuk mencari kerja baru, namun selalu ditolak atau tidak mendapat apa-apa khabar berita. Ramai yang tidak sedar kesilapan kecil yang memberi kesan semasa temuduga. Temuduga ini lah sebenarnya penentu untuk anda sama ada diambil bekerja atau sebaliknya. Jadi disini kami kongsikan 3 Cara Berkesan Memperkenalkan Diri Semasa Temuduga.

Kesilapan utama calon atau graduan semasa menjawab soalan ini adalah jawapan yang meleret tetapi tidak berisi dan tiada kaitan dengan jawapan yang dipohon. Durasi yang terbaik untuk menjawab soalan pertama ini hanyalah sekitar 3-4minit sahaja. Jika anda menjawab dengan ringkas, padat dan berkaitan dengan jawatan yang dipohon, anda mampu menarik minat penemuduga untuk melanjutkan ke soalan seterusnya.

 

APA TIPS BERKESAN MEMPERKENALKAN DIRI SEMASA TEMUDUGA?

 

TIPS 1: Siapa anda secara profesional?

Kongsikan peranan atau jawatan anda sekarang, sedikit mengenai latar belakang dan tanggungjawab anda semasa temuduga.

Contoh: ‘Saya adalah perunding dengan pengalaman 6 tahun dalam industri berskala besar terkemuka dalam industri…’

 

TIPS 2: Ketengahkan pengalaman dan kepakaran anda semasa temuduga.

Kongsi apa-apa pencapaian tertinggi atau apa sahaja yang membuat anda menonjol berbeza dari calon lain.

Menarik lain :  7 Faktor Utama Pemilihan Sekolah Tahfiz

Contoh: ‘Sepanjang 6 tahun pengalaman saya, saya benar-benar cemerlang dalam prestasi kerja dan tahun lalu dinobatkan sebagai pekerja cemerlang di syarikat. Saya sangat berminat dalam cabaran menyelesaikan masalah pelanggan dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi saya…’

 

TIPS 3: Kongsikan mengapa anda mahukan pekerjaan itu semasa temuduga.

Kongsi apa matlamat atau sumbangan yang anda ingin capai sekiranya anda berada dalam syarikat itu.

Contoh: ‘Saya bersedia untuk cabaran dan beralih ke industri baru ini. Saya amat bersemangat dan berbesar hati untuk meningkatkan mutu kerja dan belajar lebih lagi untuk mencapai matlamat syarikat.. ‘

 

Secara ringkasnya, anda perlu fokus kepada formula asas ini semasa memperkenalkan diri dalam temuduga: Semasa, Sebelum, dan Akan Datang.

  1. Sebutkan pekerjaan anda sekarang. ‘Pada masa kini saya …’
  2. Sebutkan kemahiran berharga yang telah anda pelajari sebelum ini. ‘Pada masa lalu, pengurus kedai kopi memberitahu saya bahawa saya mempunyai kemahiran kepimpinan yang sangat baik…’
  3. Sebutkan mengapa anda ingin membantu / bekerja untuk syarikat. ‘Pada masa akan datang, saya ingin kelur dari zon selesa dan menyahut cabaran yang lebih besar. Saya amat berbesar hati untuk membantu syarikat anda mencapai matlamat…’

 

BAGAIMANA TIPS BERKESAN MEMPERKENALKAN DIRI SEMASA TEMUDUGA SEBAGAI FRESH GRADUATE?

 

TIPS 1: Berikan gambaran keseluruhan mengenai apa yang anda belajar dan mengapa anda memilihnya semasa temuduga.
Contoh: ‘Saya belajar komunikasi pemasaran di Universiti X dan memilihnya kerana saya selalu berminat untuk memahami bagaimana mengembangkan strategi pemasaran digital dan bagaimana pengguna memberi maklum balas…’

Jangan ditambah perkara yang tidak ada kena mengena dalam pekerjaan anda. Contohnya, “Saya anak yang ketiga dan mempunyai 5 adik beradik. Semua adik-beradik saya belum berkahwin dan kini saya tinggal di….” Ini akan membuatkan penemuduga anda merasa bosan. Jadi elakkan.

Menarik lain :  4 Kemahiran Bahasa Arab Yang Wajib Diketahui

 

TIPS 2: Mengetengahkan pengalaman penting termasuk kemahiran yang dikembangkan, sukarela dan sebarang latihan semasa temuduga.
Contoh: ‘Saya benar-benar aktif dalam persatuan pelajar kami dan belajar bagaimana berkomunikasi dengan perniagaan tempatan dan pernah berjaya membuat kempen derma yang mengumpulkan RM700 untuk amal.
Mengimbangi aktiviti sukarelawan ini dengan kerja universiti saya membantu saya mengembangkan kemahiran mengenai keutamaan dan pengurusan masa yang penting untuk jawatan ini…’

Anda boleh tambah lagi apa-apa pengalaman yang bersesuaian dengan pekerjaan yang anda mohon ini untuk menarik minat penemuduga.

 

TIPS 3: Nyatakan mengapa anda mahukan pekerjaan itu semasa temuduga.

Perkara ini penting bagi memberi gambaran tentang faedah yang syarikat akan peroleh apabila mereka mengambil anda bekerja dalam syarikat mereka. Nyatakan perancangan dan matlamat yang anda ingin sumbangkan dan capai selari dengan visi syarikat.
Contoh: ‘Saya telah membuat kajian dan saya mendapati ini adalah syarikat yang tepat untuk saya berkhidmat dan mendapatkan pengalaman luas dan serta menyumbang kemahiran saya dalam bidang yang saya sangat minati…’

 

TOP 25 FIRST IMPRESSION QUOTES (of 109) | A-Z Quotes

Kesimpulannya,  pastikan anda menarik perhatian penemuduga dengan gambaran pertama yang baik apabila anda memperkenalkan diri semasa temuduga. Perkenalkan diri anda dengan ringkas dan padat yang menunjukkan jaminan anda layak diterima bekerja di dalam syarikat. Selebihnya adalah kepetahan dan keyakinan diri anda ketika temuduga tersebut. Langkah dan tips ini digunakan sebagai panduan anda. Nampak mudah tapi jangan diambil mudah kerana kesungguhan anda itulah dinilai dalam pengambilan pekerja dengan keadaan semasa sekarang ini. Lakukan persediaan dan latihan secukupnya, Selamat berjaya!

 

 

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments