3 Tips Sambung Belajar di UIAM

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Tips Sambung Belajar UIAM – Melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti merupakan impian bagi semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pelbagai alternatif disediakan oleh pihak kerajaan dan persendirian bagi memastikan setiap pelajar mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Walaupun SPM sesi 2020 yang sepatutnya berlangsung pada 16 November yang lalu terpaksa ditangguhkan ke tarikh yang baru iaitu pada 22 Februari 2021 berikutan penularan wabak Covid-19, namun rata-rata pelajar sudah memulakan proses menyusun hala tuju mereka selepas SPM.

UIA

Tips Sambung belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Bagi mereka yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berikut merupakan tips yang perlu anda tahu sebelum melanjutkan pelajaran ke UIAM:

  1. Ujian Penempatan Bahasa Arab dan Inggeris

Terdapat dua ujian bahasa yang anda wajib lulus sebelum layak untuk masuk belajar ke peringkat kuliyyah iaitu Ujian Penempatan Bahasa Arab (Arab Placement Test) dan Ujian Penempatan Bahasa Inggeris (English Placement Test).

Kedua-dua ujian ini adalah penting bagi mengukur tahap penguasaan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris pelajar. Ini adalah kerana kedua-dua bahasa ini juga merupakan bahasa yang akan diggunakan dalam pembelajaran di peringkat kuliyyah nanti mengikut program Ijazah yang anda ikuti.

Jika anda mengikuti jurusan yang menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantaraan seperti jurusan Bahasa Arab dan Ilmu Wahyu, maka anda perlu melepasi tahap enam bagi APT dan tahap lima bagi EPT. Manakala jika anda mengikuti jurusan yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantaraan seperti jurusan Undang-Undang, Ekonomi, Perubatan, Sains Kemanusiaan dan selainnya, maka anda perlu melepasi tahap enam bagi EPT dan tahap lima bagi APT.

Menarik lain :  Cara Menyemak Baki Pinjaman PTPTN 2021

Apa yang akan terjadi jika anda gagal untuk melepasi kedua-dua ujian ini?

Anda perlu mengikuti program bahasa yang dianjurkan oleh pusat bahasa UIA yang dikenali sebagai Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) selama beberapa semester mengikut tahap penguasaan bahasa anda.

Sebagai contoh, anda adalah pelajar jurusan sains kemanusiaan (Human Sciences) dan setelah menduduki Ujian EPT, anda cuma mendapat tahap lima bagi ujian tersebut. Maka anda perlu mengikuti kelas Bahasa Inggeris selama satu semester di bawah CELPAD.

Tempoh pengajian di UIA sebenarnya dipengaruhi oleh keputusan kedua-dua ujian ini. Namun, percayalah kedua-dua ujian ini tidaklah sesusah yang anda sangka! Bagi mereka yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di UIA namun risau mengenai penguasaan Bahasa Arab, anda boleh menekan pautan berikut bagi melihat tips untuk menguasai bahasa tersebut: Kemahiran Bahasa Arab

2. Sukarelawan dan Aktivisme

UIA adalah antara universiti yang terkehadapan dalam aspek kesukarelawanan dan aktivisme. Ini dapat dibuktikan melalui pengiktirafan yang diberikan kepada kelab khidmat masyarakat yang bernaung di bawah Pusat Khidmat Masyarakat (CENSERVE), UMission Club yang pernah memenangi Anugerah Pasukan Sukarelawan Terbaik Peringkat Kebangsaan iaitu sebuah anugerah yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Terdapat pelbagai kelab dan persatuan yang anda boleh sertai bagi mengisi masa lapang anda selain mengasah kemahiran insaniah (soft skills) diri. Antara kelab dan persatuan yang terdapat di UIA adalah Harmoni, PEMBINA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), dan sebagainya. Bagi senarai penuh kelab dan persatuan di UIA, anda boleh melihat bebenang yang berikut: Senarai Kelab dan Persatuan di UIA

Rata-rata kelab di UIA memberi fokus kepada pembangunan diri mahasiswa yang holistik merangkumi pembangunan rohani, fizikal, mental dan emosi dan pengukuhan jati diri mahasiswa serta mengasah bakat kepimpinan dan memperlengkapkan diri mahasiswa dengan pelbagai kemahiran insaniah.Wajib untuk anda sertai walaupun hanya satu kelab.

Menarik lain :  IETLS vs PTE Mana Lebih Baik?

Ada sesetengah pelajar mempunyai mentaliti bahawa jika mereka melibatkan diri dengan aktiviti persatuan maka pelajaran mereka akan terabai. Akibatnya, mereka memilih untuk tidak melibatkan diri dalam aktiviti persatuan. Ini adalah satu sangkaan yang amat salah kerana melalui penglibatan dalam aktiviti persatuanlah kita mampu untuk mengasah bakat kepimpinan serta kemahiran insaniah yang akan berguna di alam pekerjaan nanti!

Namun, pelaksanaan aktiviti persatuan mungkin akan mengalami satu perubahan yang ketara akibat daripada penularan wabak Covid-19 yang turut memberi kesan kepada aktiviti kesukarelawanan. Setakat ini, kita masih belum pasti mengenai perubahan yang bakal berlaku dalam pelaksanaan aktiviti kesukarelawanan pasca-Covid 19. Apa yang kita boleh jangkakan adalah akan berlakunya perubahan yang drastik dalam pelaksanaan aktiviti kesukarelawanan.

3. Program Penukaran Pelajar

UIA juga ada menawarkan program penukaran pelajar ke luar negara (Exchange Student Program). Mevlana Exchange Programme merupakan salah satu program penukaran pelajar yang dianjurkan oleh UIA hasil kerjasama dengan kerajaan Turki.

Melalui program ini, pelajar boleh menimba pengalaman menuntut ilmu di negara asing. Selain itu, pendedahan kepada budaya asing akan membentuk pelajar untuk mempunyai pemikiran yang lebih terbuka.

Durasi program ini akan berlangsung selama satu semester (minimum) atau dua semester (maksimum). Untuk maklumat lanjut mengenai Program Penukaran UIA, anda boleh melayari laman sesawang yang berikut: Mevlana Exchange Program

Kesimpulannya, kehidupan di universiti merupakan satu kehidupan yang amat berharga kerana kita bukan sekadar menimba ilmu di dalam kelas, namun kita juga mengumpul pengalaman dalam kehidupan. Di sinilah kita belajar mengenai erti kehidupan yang sebenar. Mengenai erti persahabatan, kejayaan dan kegagalan. Di sinilah kita belajar mengenai kekuatan serta kelemahan diri.

Menarik lain :  Permohonan Skim Biasiswa Sukan Persekutuan KBS 2022

Maka, manfaatkanlah masa anda di universiti dengan sebaiknya. Letakkan azam di dalam dada untuk menjadi mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga prihatin terhadap keadaan ummah dan sentiasa mencari ruang untuk kembali menyumbang kepada masyarakat.

uia

Tanamlah azam untuk menjadi mahasiswa yang bukan sekadar cemerlang di dalam peperiksaan, malah bermanfaat buat ummah.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments