4 CABARAN PEMBELAJARAN ATAS TALIAN DI MALAYSIA

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Pembelajaran atas talian (e-pembelajaran) menjadi sesuatu yang tidak asing lagi buat kita semenjak wabak Covid-19 melanda dunia. Hal ini telah menyebabkan para guru dan murid secara drastik perlu mengubah kaedah Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PDPC) dengan melakukannya secara atas talian. Pembelajaran atas talian boleh didefinisikan sebagai proses penyampaian ilmu yang dijalankan menerusi platform digital seperti Google Meet, Zoom, WhatsApp, Telegram dan sebagainya.    Pembelajaran atas talian

Platform untuk menjalankan pembelajaran atas talian terlalu banyak, namun untuk melaksanakannya tak semudah yang kita sangka kerana terdapat kekangan atau cabaran pembelajaran atas talian yang perlu dihadapi. Antara cabaran yang ketara di Malaysia adalah ketiadaan peranti untuk pembelajaran, persekitaran yang kurang kondusif, tahap kemahiran penggunaan teknologi oleh guru dan sikap para pelajar ketika sesi e-pembelajaran.

CABARAN PEMBELAJARAN ATAS TALIAN

1. KETIADAAN PERANTI KETIKA PEMBELAJARAN ATAS TALIAN

Pandemik Covid-19 ini telah memberi kesan yang amat dahsyat kepada semua orang terutama golongan yang kurang berkemampuan. Sejak kerajaan isytiharkan penutupan sekolah dan pembelajaran dilakukan menerusi atas talian, ramai ibu bapa yang mula resah. Tidak se

mua ibu bapa berkemampuan membeli peranti untuk semua anak yang bersekolah. Oleh itu, anak-anak mereka perlu berkongsi peranti secara bergilir-gilir untuk menyertai kelas atas talian.

Ini menjadi antara cabaran pembelajaran atas talian yang terbesar dalam bidang pendidikan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana ia menyebabkan ada pelajar ketinggalan dalam pembelajaran.

Oleh itu, jika pembelajaran atas talian dilanjutkan pada tahun hadapan, kami cadangkan eloklah sekiranya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyediakan peranti secara percuma bagi pelajar yang kurang berkemampuan.

2. SUASANA YANG KURANG KONDUSIF 

Keluarga yang memiliki rumah yang selesa pasti tidak akan merasai masalah ini. Lain pula bagi golongan yang tinggal di rumah yang sempit dan perlu berkongsi bilik bersama adik-beradik yang lain sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).  Hal ini pasti menjadi antara cabaran pembelajaran atas talian buat mereka, tambah-tambah pelajar yang akan menghadapi peperiksaan besar seperti SPM. Suasana riuh di rumah, ruang belajar yang tidak selesa akan menyebabkan mereka sukar untuk memberi tumpuan ketika sesi e-pembelajaran dijalankan.

Menarik lain :  Tingkatan 6: Langkah Menuju Kejayaan dalam Pelajaran

Selain itu, dikatakan ada juga segelintir ibu bapa seolah-olah tidak memahami dan memberi tugasan rumah ketika anak perlu menyertai kelas atas talian. Jika dibiar berlarutan, anak-anak ini pasti akan berasa tertekan dan tidak lagi berminat untuk belajar.

3. KEMAHIRAN GURU DALAM MENGGUNAKAN TEKNOLOGI DIGITAL 

Sepertimana yang kita tahu, tidak semua warga pendidik di Malaysia mahir dalam bidang teknologi kerana ada dalam kalangan mereka sudah berusia dan tidak terdedah dengan teknologi digital masa kini. Ini adalah salah satu cabaran pembelajaran atas talian yang perlu dihadapi oleh guru-guru untuk melaksanakannya kerana ia mengambil masa yang agak lama bagi guru yang kurang mahir dengan aplikasi atas talian untuk menyediakan bahan mengajar yang lengkap dan mampu mnearik perhatian para pelajar.

Namun begitu, kesungguhan dan rasa tanggungjawab para guru di Malaysia ini harus dipuji kerana mereka tetap berusaha untuk belajar cara menggunakan aplikasi digital yang ada semata-mata untuk menyampaikan ilmu kepada para pelajar.

4. SIKAP PELAJAR KETIKA SESI PEMBELAJARAN ATAS TALIAN

Tidak dinafikan ketika pembelajaran bersemuka, ada sesetengah pelajar yang tidak memberi tumpuan ketika guru mengajar, inikan pula ketika sesi pembelajaran atas talian. Baru-baru ini viral satu kisah seorang guru yang menanti penyertaan pelajar ketika sesi pembelajaran atas talian, namun tiada seorang pun yang sertai kelas tersebut. Kecewa melihat sikap pelajar yang tidak berdisiplin dalam menuntut ilmu. Bukan itu sahaja, ada juga dalam kalangan pelajar yang sertai kelas atas talian seperti Google Meet sekadar untuk memenuhi jumlah kehadiran. Hakikatnya, di sebalik kamera yang sengaja dimatikan, mereka melakukan kerja-kerja yang tidak berkaitan.

Ada juga sesetengah pelajar sengaja buat aksi yang melucukan ketika kelas atas talian untuk menarik perhatian yang lain sehingga rakan sekelas tidak lagi fokus pada guru yang sedang mengajar. Hal ini akan mengganggu proses pembelajaran yang dijalankan dan menyebabkan masa tidak mencukupi. Maka, para pelajar seharusnya memberi kerjasama yang baik sepanjang PDPC dilaksanakan dan guru juga harus bersifat tegas terhadap pelajar.

Menarik lain :  Maksud Singkatan TOV, AR, ETR, OTI, GPMP, GPS

Kesimpulannya, setiap pihak sama ada guru, pelajar atau ibu bapa mestilah berkerjasama dalam mengatasi setiap masalah yang wujud agar pembelajaran atas talian menjadi satu kaedah yang berkesan dalam menyampaikan ilmu tanpa menyebabkan sesiapa pun ketinggalan dalam pelajaran. Akhir sekali, eloklah jika para pelajar mengetahui Tips-Tips yang Terbaik Ketika Menyertai Kelas Online untuk memastikan sesi menuntut ilmu berjalan lancar.

 

Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Jesz
Jesz
3 years ago

Sangat membantu..terima kasih 😇