IPT

4 Norma Baharu Di Institut Pengajian Tinggi (IPT)

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Norma Baharu di Institut Pengajian Tinggi (IPT) – Norma baharu di institut pengajian tinggi (IPT) telahpun diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Tinggi (KPT) pada 27 Mei yang lalu melalui sebuah kenyataan media di mana KPT menggariskan beberapa panduan yang perlu dilaksanakan oleh pihak universiti sepanjang tempoh PKP sehingga ke satu tempoh. Dapat kita akui bahawa, penularan wabak penyakit Covid 19 telah memberi impak yang besar kepada pelbagai sektor termasuklah sektor pendidikan. Pelbagai perubahan telah dilakukan oleh kerajaan dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PDP) masih boleh berlangsung termasuklah dengan memperkenalkan norma-norma baharu di institut pengajian tinggi (IPT). Berikut merupakan 4 norma baharu di institut pengajian tinggi (IPT) yang telah diperkenalkan oleh kerajaan mahupun pihak berkuasa di universiti tempatan:

  1. Proses Pengajaran dan Pembelajaran Secara Dalam Talian

Jika sebelum ini, proses pengajaran dan pembelajaran (PDP) dilakukan secara bersemuka di mana pelajar perlu menghadiri kelas secara fizikal untuk menuntut ilmu, namun setelah penularan wabak penyakit Covid 19, Kementerian Pelajaran Tinggi (KPT) telah mengeluarkan arahan melarang sebarang aktiviti akademik untuk diadakan secara bersemuka. Aktiviti akademik seperti pembelajaran di dalam kelas, peperiksaan, ujian atau pentaksiran juga tidak dibenarkan untuk diadakan secara bersemuka sehingga 31 Disember.

Kementerian Pelajaran Tinggi telah memutuskan bahawa segala aktiviti berkaitan dengan pendidikan perlulah dilaksanakan secara dalam talian melainkan kumpulan pelajar yang berkeperluan seperti pelajar pasca-siswazah mod penyelidikan yang memerlukan mereka untuk menghadiri bengkel, makmal dan sebagainya untuk menjalankan aktiviti penyelidikan, pelajar yang mengikuti program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Politeknik dan Kolej Komuniti, pelajar baharu bagi sesi akademik 2020/ 2021 dan pelajar tahun akhir yang memerlukan persekitaran kondusif untuk memastikan kelancaran proses PDP secara dalam talian seperti pelajar daripada kawasan pedalaman dan sebagainya. Kenyataan rasmi daripada pihak Kementerian bolehlah dilayari di pautan ini KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT)

Menarik lain :  Universiti Dunia QS 2022 Terbaik di Malaysia

Google Meet, Google Classroom, Zoom, Webex, Telegram adalah antara aplikasi yang sering digunakan  oleh tenaga pengajar bagi menjalankan aktiviti PDP secara dalam talian. Untuk tips menghadiri kelas dalam talian dengan lebih berkesan, anda bolehlah melayari pautan yang berikut TIPS MENGHADIRI KELAS SECARA DALAM TALIAN

2. Minggu Orientasi

Minggu orientasi merupakan minggu pengenalan kepada alam universiti di mana pelajar didedahkan dengan suasana baru kehidupan di universiti. Ketika minggu ini, pelajar-pelajar akan diberikan kata-kata aluan daripada pihak universiti dan taklimat mengenai pelbagai perkara termasuklah perkhidmatan serta kemudahan yang disediakan, badan-badan beruniform dan sebagainya.

Namun, setelah penularan wabak tersebut, universiti terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengehadkan aktiviti serta penglibatan pelajar dengan hanya menjalankan minggu tersebut melalui aplikasi dalam talian.

Bagi sesetengah universiti yang masih menjalankan minggu orientasi secara bersemuka, peraturan ketat mengikut Prosedur Operasi Standard atau Standard Operating Procedures (SOP) seperti penjarakan sosial, pemakaian penutup muka, serta pengehadan kehadiran pelajar telah dilaksanakan.

Penjarakan sosial dilaksanakan ketika minggu orientasi di sebuah institut pengajian tinggi tempatan

Penjarakan sosial dilaksanakan ketika minggu orientasi di sebuah institut pengajian tinggi (IPT) tempatan

 

3. Perintah Kawalan Pergerakan di Universiti

Selain itu, beberapa universiti turut mengehadkan pergerakan pelajar seperti yang dilaksanakan di sebuah institut pengajian tinggi (IPT) tempatan yang terletak di sebuah lokasi zon merah di mana pelajar hanya dibenarkan untuk keluar pada waktu tertentu sahaja iaitu daripada jam 9 pagi sehingga 5 petang sahaja. Bagi pelajar yang gagal untuk pulang ke kampus dalam waktu yang telah ditetapkan, mereka perlu menjalani ujian saringan Covid 19 atas risiko sendiri. Di universiti tersebut, pelajar juga tidak dibenarkan keluar melainkan atas urusan yang penting sahaja.

4. Perubahan Corak Tugasan (Assignment)

Jika sebelum ini kebanyakan tugasan adalah berfokuskan penulisan serta oral iaitu pembentangan dalam kelas, namun kini sifat tugasan itu sendiri telah beralih kepada visual iaitu pembentangan melalui suntingan video di mana pelajar perlu merekod diri mereka ketika membentangkan tugasan di hadapan kamera. Setelah itu pelajar juga perlu menyunting video tersebut sebelum menyerahkan kepada pensyarah untuk dinilai.

Menarik lain :  Maksud Singkatan TOV, AR, ETR, OTI, GPMP, GPS

Perkara ini mungkin menjadi satu cabaran buat sesetengah pelajar namun norma baharu dalam aspek tugasan pelajar ini sebenarnya dapat membantu untuk mengasaha kemahiran berkomunikasi pelajar selain pelajar dapat belajar mengenai perkara baharu iaitu penyuntingan video. Mana tahu, kemahiran ini akan menjadi amat berguna ketika anda bekerja kelak!

Selain daripada 4 norma baharu di atas, banyak lagi perubahan kehidupan di universiti yang mungkin kita akan lihat di masa hadapan.  Aktiviti di luar kelas seperti aktiviti ko-kurikulum pelajar, aktiviti badan beruniform, sukarelawanan serta pilihan raya kampus mungkin akan mengalami perubahan yang ketara selepas ini.

Dapat juga kita simpulkan di sini bahawa, pihak universiti telahpun mengambil inisiatif dalam menyeimbangkan antara keperluan pendidikan pelajar dan keselamatan mereka. Apa yang masih kita boleh kita lakukan adalah untuk terus mematuhi peraturan yang telah digariskan oleh pihak kerajaan dan universiti dalam memastikan keselamatan sejagat terus terjaga.

 

 

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments