Ad Blocker Detected
Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.
Ramai juga meminati kerja kerajaan dan ianya pasti mempunyai kebaikan tersendiri. Mengapa ramai graduan dan lepasan universiti terlalu mengejar kerja kerajaan? Sebelum itu anda perlu jelas tentang maksud kerja kerajaan. Kerja kerajaan juga dikenali sebagai bekerja di sektor awam yang dapat didefinisikan secara ringkas sebagai sektor-sektor seperti perindustrian, perdagangan,pembinaan dan pertanian yang dikendalikan sepenuhnya oleh kerajaan di sesebuah negara.
Di negara Malaysia, selain kerja kerajaan, terdapat juga sektor swasta yang turut juga berperanan dalam menjalankan aktiviti-aktiviti seperti sektor awam tetapi kelainannya adalah ianya dikendalikan oleh persendirian seperti syarikat persendirian berhad. Bekerja di bawah sektor awam dan sektor swasta mempunyai banyak kelainan dan kelebihan. Terdapat beberapa kelebihan jika seseorang itu bekerja di bawah sektor awam dan mungkin menjadi punca utama sektor ini menjadi tumpuan orang ramai untuk bekerja.
Kelebihan utama kerja kerajaan yang patut anda ketahui:-
Kelebihan Kerja Kerajaan
1.Memperoleh Wang Pencen
Perkara yang menjadi buruan setiap manusia adalah memperoleh rasa terjamin dan memiliki kewangan yang stabil. Apabila anda kerja kerajaan, anda akan memperoleh wang pencen seumur hidup apabila usia perkhimatan anda telah mencapai tempoh tamat. Anggota berpencen yang bersara atau dikehendaki bersara dari kerja kerajaan layak dibayar faedah-faedah persaraan berikut: Pencen Perkhidmatan (bayaran bulanan), Ganjaran Perkhidmatan (bayaran sekaligus) danAward Wang Tunai Gantian Cuti Rehat, di mana berkenaan (bayaran sekaligus). Kadar ganjaran dan pencen yang akan dibayar bergantung kepada tempoh perkhidmatan yang diambilkira dan gaji hakiki bulanan yang akhir diterima oleh anggota itu. Anda boleh merujuk artikel di link ini untuk maklumat skim pencen dan faedah persaraan bagi kerja kerajaan.
2. Memperoleh Elaun & Bonus
Seperti yang kita ketahui, antara elaun yang akan diperolehi apabila kerja kerajaan adalah elaun perumahan. Elaun perrumahan ini akan dibayar mengikut gred dan jawatan. Semakin tinggi gred gaji maka semakin tinggi elaun rumah yang akan diperoleh. Elaun rumah yang diperoleh akan meringankan beban untuk membayar rumah sewa. Selain itu, kerja kerajaan juga akan memperoleh elaun sara hidup.
Elaun ini diberikan berdasarkan di mana tempat anda bekerja untuk menampung kos perbelanjaan keran kos taraf hidup yang tinggi di sesuatu kawasan. Pekerja kerajaan akan mendapat elaun sara hidup ini selagi mana dia bekerja kerajaan di kawasan tersebut. Selain daripada elaun, pekerja kerajaan akan memperoleh bonus setiap tahun. Ini sebagai menghargai kakitangan awam yang berkhidmat kepada masyarakat maka penjawat awam akan memperolehi bonus tetap setiap tahun. Beruntung sungguh andai anda sebagai penjawat awan.
3.Kemudahan Mendapat Pinjaman
Kerja kerajaan mempunyai kelebihan untuk membuat pinjaman dengan kerajaan dalam urusan pembelian rumah, kereta dan pinjaman pembelian komputer dan lain-lain. Bayaran bunga yang dikenakan adalah lebih rendah berbanding membuat pinjaman dengan pinjaman konvensional. Kelayakan pinjaman ini adalah berdasarkan gaji penjawat awam tersebut. Pinjamaan kerajaan akan menguntungkan peminjam. Ini sangat memudahkan dan meringankan beban pekerja kerajaan dalam membuat pinjaman.
4.Kemudahan Rawatan Kesihatan
Keistimewaan lain yang diperoleh oleh bagi mereka yang kerja kerajaan ialah mendapat rawatan percuma dari semua hospital kerajaan. Semua kakitangan awam yang mempunyai masalah kesihatan termasuk melakukan pembedahan tidak dikenakan bayaran dengan hanya menunjukkan guarantee letter. Selain itu, kelebihan ini juga dapat memberi manfaat kepada keluarga terdekat seperti ibu,ayah,suami,isteri dan anak-anak.Manfaatnya keluarga terdekat tersebut akan mendapat rawatan kesihatan percuma dari hospital dan pusat kesihatan awam.Kakitangan tersebut hanya perlu menunjukkan surat guarantee letter.
5.Kemudahan Menyambung Pengajian
Kakitangan awam yang berkelayakkan dan berminat untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi akan mendapat tajaan dari jabatan atau kementerian tempatnya bertugas. Ada diantaranya mendapat cuti yang bergaji. Selepas tamat pengajian peluang kakitangan tersebut diserapkan ke jawatan yang lebih tinggi amatlah cerah. Dengan menyambung pengajian, manfaatnya adalah gred gaji dan kenaikan pangkat akan berubah dan menjadi lebih baik.
Anda boleh mohon kerja kerajaan melalui SPA9. Boleh merujuk link Cara Membuat Permohonan SPA9 Untuk Jawatan Sektor Kerajaan untuk maklumat lanjut. Jika anda berjaya mendapatkan tempat di sektor kerajaan, hargai dan manfaatkanlah kerjaya anda untuk menyumbang kepada kerajaan. Semoga semua penjawat awam dapat menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan penuh tanggungjawap dan berdedikasi. Selamat Berjaya!