5 Kelebihan Utama Sambung Belajar di Matrikulasi

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Matrikulasi juga mempunyai kelebihan bila ingin sambung belajar. Pasti ramai pelajar yang masih ragu-ragu dalam membuat pemilihan institusi yang terbaik untuk melanjutkan pelajaran selepas mengambil SPM. Salah satu pilihan yang patut berada dalam senarai anda termasuklah melanjutkan perlajaran ke Matrikulasi. Penubuhan Program Matrikulasi KPM bermula hasil daripada Mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 Mac 1999 sebagai persediaan pelajar bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama di universiti awam. Di sini kami senaraikan 6 kelebihan utama menyambung pelajaran di Matrikulasi yang patut anda tahu;

matrikulasi

 

  1. Jurusan Pengajian di Matrikulasi

Terdapat 3 jurusan utama bagi Matrikulasi iaitu Jurusan Sains, Jurusan Perakaunan dan Jurusan Teknikal. Anda dapat memilih jurusan yang bersesuaian dengan kelayakan dan subjek yang diambil semasa di sekolah menengah. Anda akan ditawarkan sama ada untuk menjalani pengajian bagi program satu tahun (PST) atau dua tahun (PDT) mengikut kelayakan bergantung kepada keputusan SPM bagi subjek tertentu. Anda juga diberi peluang untuk membuat penukaran bidang atau modul pada awal pendaftaran dan sekali sahaja atas budi bicara pihak atasan.

Mata Pelajaran Teras bagi setiap bidang adalah seperti berikut :

  1. Jurusan Perakaunan
    • Matematik, Perakaunan, Pengurusan Perniagaan dan Ekonomi.
  2. Jurusan Sains
    • Modul I  (Matematik, Kimia, Fizik, Biologi)
    • Modul II (Matematik, Kimia, Fizik dan Sains Komputer)
    • Modul III (Matematik, Kimia, Biologi  dan Sains Komputer)
  3. Jurusan Teknikal
    • Matematik, Kimia Kejuruteraan, Fizik Kejuruteraan, Pengajian Kejuruteraan.

Di samping mata pelajaran khusus mengikut bidang, terdapat mata pelajaran wajib yang anda perlu ikuti semasa belajar di Matrikulasi. Mata pelajaran yang ditawarkan ini tidaklah berat untuk anda ikuti malah boleh menambah nilai dan pengetahuan asas dalam diri pelajar. Pelajaran tersebut adalah;

  • Bahasa Inggeris – anda dapat mempelajari kaedah mudah untuk skor MUET
  • Kemahiran Dinamika- kelas yang berasaskan trait personaliti individu, komunikasi, berdaya tahan dan berinovatif. Subjek ini sangat menarik kerana berkait dengan penguasaan kemahiran seperti kepemimpinan, kerjasama berpasukan, komunikasi dan pembelajaran berterusan.
  • Pendidikan Islam/Moral
  • Satu daripada mata pelajaran kokurikulum berikut:
    • Sukan/Permainan
    • Persatuan/Kelab
    • Kawad Kaki
Menarik lain :  epKhas: Pendaftaran dan Kepentingan Pendidikan Khas 2023

 

2. Kos Pengajian yang Ditawarkan di Matrikulasi

Berita baik bagi anda yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat universiti kerana pelajar Program Matrikulasi dibiayai oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Permohonan boleh dihantar melalui matrikulasi masing-masing selepas menerima tawaran kemasukan. Kos pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kerajaan. Semua pelajar
Program Matrikulasi KPM hanya perlu membayar yuran pendaftaran.

Setiap pelajar akan mendapat elaun bulanan. Elaun ini sangat membantu bagi mengurangkan kos pengajian anda dan sudah tentu meringankan beban para pelajar bagi memperuntukkan bagi keperluan harian, buku-buku rujukan dan lain-lain. Setiap pleajar matrikulasi akan mendapat elaun bulanan sebanyak RM250. Bagi pelajar yang bijak berbelanja, secara tidak langsung anda boleh mula menyimpan untuk kegunaan masa hadapan.

 

3. Halatuju Bagi Lepasan Matrikulasi 

Setelah anda berjaya menempatkan diri di mana-mana kolej Matrikulasi, pastikan anda bersedia mental dan fizikal untuk memperoleh PNGK yang cemerlang dalam pengajian anda. Hal ini kerana program ini diiktiraf oleh semua universiti awam dan turut diiktiraf oleh universiti terkemuka luar negara. Bagi pelajar yang berhasrat untuk menyambung pelajaran ke luar negara, pihak matrikulasi akan menaja pelajar melanjutkan pengajian degree ke luar negara secara percuma bagi pelajar cemerlang yang memenuhi syarat dan kelayakan tertentu.

Terdapat beberapa buah universiti di luar negara yang menerima lepasan matrikulasi sama seperti STPM.  Antara universiti terkemuka tersebut adalah seperti berikut:- King’s College London, University College London, University of Bristol, University of Manchester, University of Birmingham, University of Nottingham dan lain-lain. Anda boleh menyemak senarai peuh di link ini; Universiti terkemuka

Selain itu, pelajar lepasan matrikulasi yang memperoleh PNGK 2.00 dan ke atas akan dipertimbangkan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di mana mana IPTA seperti Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sultan Zainal Abidin dan lain-lain. Sijil Matrikulasi juga diterima oleh JPA untuk menjawat jawatan dalam perkhidmatan kerajaan. Lepasan Program Matrikulasi KPM akan menerima Sijil Matrikulasi yang melayakkan mereka memohon berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam pada
Gred 29 dalam 39 skim perkhidmatan. Klik link ini untu mengetahui lebih lanjut tentang halatuju lepasan matrikulasi. 

Menarik lain :  Panduan Lengkap Permohonan MRSM 2024

 

4. Tempoh Pengajian Matrikulasi

Menyambung pelajaran ke peringkat Matrikulasi adalah satu jalan pintas kepada anda kerana setelah tamat pengajian, anda boleh terus menyambung ke pringkat ijazah sarjan muda setaraf dengan STPM. Tempoh pengajiannya pendek dan terbahagi kepada dua iaitu Program Satu Tahun (PST) dan Program Dua Tahun (PDT). Program satu tahun bersamaan 2 semester manakala program dua tahun bersamaan 4 semester. Anda akan ditawarkan antara dua program ini mengikut kelayakan SPM anda pada subjek tertentu mengikut modul yang diambil. Ini dapat menjimatkan masa anda berbanding mengikuti diploma selama 3 tahun.

 

matrikulasi

 

5. Suasana Belajar Sangat Kondusif

Sememangnnya perkara yang memberi kesan kepada setiap lepasan matrikulasi adalah suasana belajar yang kondusif di matrikulasi. Lepasan matrikulasi pasti akan merindui segala kemudahan dan infrastruktur yang lengkap tersedia di matrikulasi serta semangat belajar bagi pelajar secara berkumpulan yang sangat kuat di sini. Kebiasaanya cara belajar secara berkumpulan dipraktikkan di matrikulasi bagi mengejar masa untuk memahami silibus dengan mudah lebih lebih lagi yang mengambil PST.

Pelajar di matrikulasi mempunyai satu persekitaran belajar yang sangat baik kerana mereka sangat saling membantu dalam setiap subjek disebabkan kumpulan kecil bagi setiap kelas. Selain itu, anda tidak perlu berjalan dengan terlalu jauh untuk ke kelas kerana kelas, dewan kuliah dan sebagainya tidak terlalu jauh dari kawasan kediaman pelajar. Kediaman yang disediakan juga bersaiz sederhana bersar dan dikongsi oleh 4 orang pelajar amat selesa. Ruangnya agak besar dan setiap pelajar mempunyai sudut belajar sendiri di dalam bilik.

Selain suasana belajar dan kemudahan yang selesa, kebanyakan pensyarah di Matrikulasi sangat berdedikasi dan penyayang. Pensyarah di Matrikulasi sangat membantu pelajar dalam memberi kefahaman yang lengkap dan bersedia untuk meluangkan lebih masa bagi pelajar yang memerlukan. Mereka sangat senang didekati dan biasanya akan menggalakkan pelajar berjumpa secara peribadi di kubikel (bilik guru) untuk apa-apa bantuan. Mereka sangat gembira jika pelajar sendiri berusaha untuk membantu diri mereka dengan cara berjumpa pensyarah.

Secara ringkasnya, walau di mana pun haluan yang anda putuskan untuk sambung belajar, pastikan anda mendapat keputusan yang cemerlang kerana persaingan sangat tinggi untuk merebut tempat semula bagi peringkat pengajian ijazah di Universiti Awam dan bagi mengelakkan anda daripada mendapat kos lelong. Terdapat pelabagi kos yang ditawarkan di peringkat ijazah bagi mana mana universiti pilihan anda. Untuk mendapatkan kos yang terbaik, anda perlulah memastikan CGPA 3.00 dan ke atas kerana anda perlu bersaing dengan lepasan STPM bagi menempatkan diri di Universiti Awam dalam kursus yang anda inginkan.

Menarik lain :  Projek Bantuan Sekolah Berasrama Penuh 2023

Jangan bimbang, lakukan semakan dalam portal yang berkaitan untuk membuat perbandingan, berbincang dengan ahli keluarga dan orang yang arif dalam bidang tersebut, dan jangan lupa lakukan istikarah dalam setiap keputusan. Pasti anda akan temui haluan yang terbaik. Selamat berjaya!

 

Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Mr.Reading
Mr.Reading
3 years ago

Wah seronok belajar di matrikulasi