5 Persiapan Penting Menghadiri Temuduga

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Persiapan yang lengkap amat penting bagi mejamin kelancaran individu semasa temuduga. Tanpa persiapan lengkap, anda mungkin akan mengalami gugup dan tidak yakin pada diri sendiri kerana kurang persiapan. Dalam dunia yang serba mencabar ini manusia berlumba-lumba mencari peluang pekerjaan. Setiap pekerjaan yang ditawarkan terpaksa melalui proses temuduga. Proses temuduga inilah yang banyak menuntut persediaan mental secukupnya. Selain mental yang stabil, seseorang itu perlu mempunyai pengetahuan am yang luas dan membuat persediaan lebih awal. temuduga

 

5 Persiapan Penting untuk Menghadiri Temuduga

 

  1. Cara Berpakaian

Sebelum anda menghadiri sebarang panggilan temuduga anda mestilah mempersiapkan diri dengan menyediakan pakaian yang sesuai. Pakaian yang sesuai dapat menonjolkan personaliti anda sebagai seorang yang kemas dan berkeyakinan. Pakaian yang menarik dan bersesuaian dengan  jawatan yang anda pohon juga dapat memberi gambaran yang positif panel penemuduga kepada anda.

Aura positif yang anda tampilkan itu akan membuatkan penemuduga merasa selesa dengan anda dan kemungkinan besar soalan-soalan yang akan dikemukakan kepada anda tidaklah sukar untuk anda menjawab. Ingatlah bahawa cara penampilan berpakaian anda juga akan dinilai dalam permarkahan temuduga anda. Contoh Pakaian Temuduga Kerajaan & Swasta 2020

 

2. Cara Berkomunikasi

Komunikasi yang jelas dan tenang dapat mengambarkan peribadi anda seorang yang tenang dan berfokus. Setiap soalan yang dikemukakan kepada anda oleh penemuduga, anda harus menjawabnya dengan tepat dan penuh keyakinan. Elakkan diri daripada menggelabah dan cemas. Anda hendaklah sentiasa tenang dan tidak terlalu pasif. Jangan anda hanya sepatah yang ditanya, sepatah pula anda menjawab. Komunikasi hendaklah berlaku dalam keadaan dua hala.

Penting untuk anda merasa selesa dan tenang supaya anda dapat mengawal keadaan emosi anda dikala perbagai soalan yang tidak anda duga akan ditujukan kepada anda. Semoga anda dapat menempuhinya dengan cekal dan berani. Juga penting untuk memberi gambaran pertama yang baik kepada panel dengan cara memperkenalkan diri dengan betul. Rujuk link: Tips Memperkenalkan Diri Semasa Temuduga

Menarik lain :  Permohonan Vaksinasi Awal MySejahtera bagi Pelajar Keluar Negara

 

3. Memantapkan Diri Dengan Ilmu

Sebelum anda menghadirkan diri ke sesi temuduga, pastikan anda membekalkan ilmu di dada yang mencukupi. Antara ilmu yang perlu kita kuasai sebelum kita menghadiri sesi temuduga ialah kita mestilah mengkaji latar belakang dan sejarah syarikat dan jabatan yang kita pohon. Kita juga perlu mengetahui maklumat penting berkenaan jawatan yang kita pohon.

Apabila kita dapat menguasai maklumat dan ilmu-ilmu ini, kita akan mendapat kelebihan yang besar semasa sesi temuduga dijalankan kerana pengetahuan kita berkaitan syarikat dan jawatan yang dipohon ini menunjukkan betapa minat dan bersungguhnya kita dalam mendapatkan jawatan di syarikat tersebut. Tuntasnya, peratusan untuk kita dipilih akan meningkat dan peluang kita akan menjadi lebih cerah.

 

4. Menepati Masa

Perkara yang paling penting yang perlu anda jaga ialah masa. Datang dengan lebih awal dapat meredakan rasa gugup dan memberi imej yang baik kepada panel. Jangan sesekali anda lewat kerana ia akan menimbulkan persepsi buruk penemuduga kepada anda. Kelewatan anda itu memberi gambaran yang anda tidak berdisplin dan seperti anda tidak bersedia untuk menyandang jawatan yang anda pohon.

Penemuduga pasti membuat andaian seandainya anda diterima berkerja pasti anda akan bersikap yang sama iaitu datang lewat .Imej yang anda tunjukkan dipertemuan pertama akan meninggalkan kesan yang amat besar dalam menentukan samaada anda berjaya atau gagal dalam temuduga itu. Oleh itu janganlah anda mengambil mudah akan perkara yang berkaitan dengan masa ini.

 

5. Tidur yang Mencukupi

Sebelum anda menghadirkan diri ke sesi temuduga pada keesoknya samaada disebelah pagi atau petang, penting buat anda pada malamnya untuk tidur awal. Tidur yang mencukupi amat penting untuk kecergasan fizikal dan mental anda. Dengan fizikal sihat dan mental yang bersedia, anda pasti dapat mengawal diri anda untuk sentiasa tenang dan tidak panik apabila anda dihujani pelbagai soalan yang tidak anda duga yang akan dikemukakan oleh ahli panel penemuduga kepada anda. Tidur yang mencukupi menyebabkan fikiran anda lebih fokus dan bersedia menempuhi temuduga dengan tenang dan selesa. Semoga hasil temuduga anda meninggalkan kesan yang positif dan peluang untuk anda berjaya adalah cerah.

Menarik lain :  Sambung Belajar Separuh Masa VS Sepenuh Masa?

temuduga

Demikianlah 5 tips yang dapat saya kongsikan buat anda yang bakal menempuhi temuduga. Kejayaan anda dalam temuduga ini akan menentukan corak masa depan anda dimasa akan datang. Sama ada masa depan anda bersinar terang atau suram bergantung kepada usaha yang berterusan dan kekuatan doa anda. Harapan saya semoga anda semua berjaya mencapai segala yang anda citakan dan terus sukses selalu. Pepatah melayu ada menyebut, pantang berundur sebelum berjuang. Selamat maju jaya!

 

 

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments