7 Faktor Utama Pemilihan Sekolah Tahfiz

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

7 FAKTOR UTAMA PEMILIHAN SEKOLAH TAHFIZ

Apa pendapat anda mengenai Sekolah Tahfiz?
0
Please leave a feedback on thisx
Sekolah Tahfiz dapat didefinisikan sebagai sekolah aliran menghafal Al-Quran. Seperti yang kita sedia maklum, terdapat banyak kebaikan/ ganjaran bagi yang menghafaz Al-Quran malah penting dalam usaha memelihara kesucian Al-Quran ini hingga akhir zaman.

tahfiz clip art 1

tahfiz clip art 2
Sekolah Tahfiz di Malaysia semakin popular pada masa kini. Ramai ibu bapa yang berhasrat agar anak-anak mereka seimbang antara ilmu dunia dan akhirat akan menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Tahfiz. Namun begitu, terlalu banyak Sekolah Tahfiz yang ada di Malaysia menyukarkan ibu bapa untuk membuat pilihan untuk anak-anak mereka.

Sebagai contoh, di Selangor sahaja terdapat 65 maahad tahfiz yang berdaftar. http://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=54 Tambahan pula, terdapat juga beberapa stigma atau tanggapan buruk terhadap Sekolah Tahfiz yang menyebabkan proses pemilihan menjadi semakin rumit.

 

Oleh itu, terdapat 7 faktor pemilihan Sekolah Tahfiz terbaik di Malaysia.

1. SEKOLAH BERDAFTAR

Faktor utama yang harus dipertimbangkan adalah sekolah mestilah berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Negeri. Sekolah Tahfiz yang berdaftar kebiasaannya menggunakan sukatan pelajaran Darul Quran JAKIM http://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=12. Namun, terdapat juga Sekolah Tahfiz yang menggunakan sukatan pelajaran tersendiri.

Selain dari sekolah yang dibina oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, terdapat juga sekolah yang dibina oleh persendirian atau swasta. Walau bagaimanapun, masih ada sekolah yang tidak berdaftar seperti yang dibincang dalam video ini https://www.youtube.com/watch?v=RWzpYZs_Dbg

2. SEJARAH SEKOLAH TAHFIZ

Faktor kedua adalah sejarah sekolah tersebut. Ibu bapa yang berhasrat untuk menghantar anak ke Sekolah Tahfiz haruslah membuat sedikit semakan latar belakang sekolah tersebut. Antara aspek penting yang perlu dilihat termasuklah misi dan visi penubuhan sekolah, organisasi yang terlibat, tahun penubuhan, pencapaian akademik dan hafazan pelajar, zero kes buli dilaporkan dan jumlah huffaz yang dilahirkan. Matlamat dan hala tuju pengajian hendaklah jelas supaya pelaksanaannya mencapai objektif yang ditetapkan.

Menarik lain :  TARIKH PEMBUKAAN SEKOLAH SESI 2021

3. GURU TAHFIZ HOLISTIK

Seterusnya, sekolah mestilah mempunyai barisan guru holistik. Holistik ini adalah meliputi beberapa aspek penting seperti guru yang berpengalaman, guru tahfiz yang thiqah, menampilkan qudwah hasanah dan berakhlak terpuji. Hal ini mesti diambil perhatian kerana terdapat beberapa kes yang melibatkan guru yang mencemarkan institusi dengan adanya kes-kes yang tidak bermoral seperti berikut  https://www.sinarharian.com.my/article/115992/BERITA/Semasa/Bekas-guru-tahfiz-didakwa-cabul-pelajar  https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/03/553102/guru-tahfiz-warden-ditahan-kes-liwat

4. KURIKULUM SEKOLAH TERSUSUN

Selanjutnya, faktor yang penting termasuklah sekolah yang mempunyai kurikulum yang tersusun. Tidak dapat dinafikan, terdapat pelbagai sistem pengajian tahfiz Al-Quran merangkumi beberapa aspek utama seperti tahap pendidikan (sekolah rendah, sekolah menengah dan pengajian tinggi), pendekatan dan kaedah (moden/tradisional), aliran dan orentasi (sains, agama, qiraat dan vokasional) dan pentadiran dan pengurusan kewangan (kerajaan atau swasta).

Namun, Sekolah Tahfiz yang terbaik yang mendapat perhatian kini adalah Sekolah Tahfiz yang seimbang antara akademik (aliran perdana) mencakupi pendidikan bersepadu dan sains Islam dengan sistem pengajian tahfiz. Silibus yang digunakan adalah selari dengan kurikulum yang disusun oleh Kementerian Pelajaran ditambah dengan sistem hafazan yang efektif.

Disamping itu, kurikulum yang baik mestilah memasukkan aktiviti sukan/riadah supaya pelajar sentiasa sihat dan bermanfaat untuk keserdasan otak. Selain aktiviti sukan/riadah, penglibatan pelajar kepada aktiviti dakwah atau kesukarelawanan amat digalakkan agar mampu mencorak modal insan yang berjaya secara syumul.

sekolah tahfiz

5. PRASARANA SEKOLAH YANG MAPAN

Selain itu, sekolah haruslah menyediakan prasarana yang mapan. Prasarana sekolah mestilah lengkap atau mencukupi untuk semua pelajar. Prasarana yang baik juga dapat membantu kelansungan proses pembelajaran seperti keperluan asas air dan elektrik, keselesaan dan keselamatan pelajar. Pengurusan sisa/sampah dan landskap sekitar kawasan sekolah haruslah menenangkan dan jauh dari wabak penyakit atau haiwan perosak seperti demam denggi, pepijat, tikus dan sebagainya.

Menarik lain :  6 Perbezaan SMKA dan SMK

Selain bilik darjah, padang juga harus disediakan supaya pelajar dapat melakukan aktiviti fizikal dengan selamat. Kelengkapan WIFI juga amat penting pada masa kini supaya pembelajaran interaktif dapat dilakukan memandangkan terdapat pelbagai aplikasi pembelajaran masa kini memerlukan kemudahan internet https://webpendidikan.my/3-aplikasi-pembelajaran-online-yang-mudah-digunakan/

6. MODUL DISIPLIN SEKOLAH

Faktor pemilihan sekolah tahfiz seterusnya adalah sekolah haruslah mempunyai suasana mendidik atau tarbiyyah islami  bagi melahirkan pelajar berbudi pekerti dan berdisiplin. Kod pemakaian, waktu belajar, slot talaqqi, tasmik dan tahsin Al-Quran, sesi ceramah/tazkirah secara berkala, bacaan hadis dan aktiviti bersukan/riadah, solat berjemaah, kesenian seperti nasyid, tarannum atau qasidah dan sebagainya perlu disusun dengan baik.

Sekolah juga haruslah mengadakan program yang yang memupuk kemahiran komunikasi dan nilai kepimpinan agar mampu berdaya saing malah lebih baik berbanding pelajar sekolah lain. Ciri-ciri ini penting sebagai persediaan untuk masa hadapan seperti temuduga https://webpendidikan.my/5-persiapan-penting-menghadiri-temuduga/

Suasana pembelajaran hendaklah tenang dan tidak terlalu tertekan. Hal ini bagi mengelakkan kes buli seperti ini berulang https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/03/664691/dibuli-senior-sekolah-tahfiz-hingga-pecah-organ Oleh itu, hal ini adalah penting bagi memastikan pencapaian akademik yang cemerlang, melahirkan para huffaz mengikut masa yang ditetapkan, tiada masalah buli dan tiada isu kesihatan mental yang akan timbul dalam kalangan pelajar.

7. KOS PENGAJIAN

Setiap kos pengajian yang diminta mestilah berasas dan sekiranya semua kos ditaja, selidik terlebih dahulu penaja yang dikatakan itu sahih atau tidak. Hal ini bagi mengelakkan pengeksploitasian terhadap wang dan pelajar berlaku. Pengeksploitasian tidak sepatutnya berlaku kepada sekolah yang berdaftar kerana pantauan dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Negeri seperti yang dilakukan oleh JAIK https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dakwaan-sekolah-tahfiz-eksploitasi-pelajar-masih-dipantau-jaik-17419

Oleh itu, diharapkan agar 7 faktor utama pemilihan Sekolah Tahfiz ini dapat membantu para ibu bapa untuk membuat keputusan yang terbaik. Sesungguhnya, tidak sia-sia usaha anda untuk menghantar anak-anak kerana terdapat banyak kelebihan kepada penghafaz Al-Quran.

Sayyidina Muaz Juhani meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa membaca al-Quran dan beramal dengan apa-apa yang terkandung dalamnya maka kedua-dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari, jika matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini. Bayangkanlah bagaimana pula keadaan orang yang dirinya sendiri beramal dengan al-Quran?” (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud)

 

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments