Ad Blocker Detected
Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.
Aplikasi game online menjadi satu keperluan sejak bermula proses pembelajaran dari rumah untuk menarik minat dan perhatian pelajar dalam sesuatu subjek. Tak dinafikan, terdapat banyak aplikasi game online yang boleh digunakan, tidak kisahlah sama ada dari sekolah menengah mahupun sekolah rendah.
Anda boleh baca di artikel Aplikasi Pembelajaran Online Yang Mudah Digunakan untuk mengetahui aplikasi-aplikasi lain yang sering digunakan.
Oleh itu, hari ini kami ingin berkongsi tutorial membina satu game pembelajaran dalam satu aplikasi yang sangat menarik dan mudah untuk digunakan dalam pelbagai subjek.
Aplikasi Game Online: GamiLab
GamiLab adalah sebuah aplikasi online yang menyediakan lebih 40 jenis pengisian interaktif yang berbeza. GamiLab juga dikatakan mampu menarik perhatian pelajar untuk belajar sambil berhibur. Selain itu, guru-guru juga boleh memantau prestasi pelajar melalui keputusan pemarkahan yang terpapar dalam permainan tersebut.
Jom kita lihat bagaimana nak bina game untuk pelajar anda.
- Anda perlu pergi ke laman sesawang GamiLab.com dan tekan register. Anda boleh menggunakan salah satu akaun yang terpapar seperti gambar di bawah untuk mendaftar.
2. Kemudian, anda perlu tekan My Games untuk mula membina game online dan mengisi setiap maklumat yang dikehendaki seperti Game Name dan Tag dan seterusnya pilih jenis permainan sama ada Explore, Hiking atau Berbasikal.
3. Seterusnya, anda boleh mula menulis tema pembelajaran dan topik soalan di dalam ruangan yang disediakan.
4. Anda juga perlu meletakkan target audience atau sasaran pelajar yang akan menjawab soalan-soalan ini; gred, negara dan bahasa yang digunakan.
5. Kemudian, anda tulis soalan-soalan yang akan ditanya dalam permainan di ruangan Question.
6. Setelah itu, anda perlu menyelaraskan setting untuk publish game online anda. Anda tekan publish settings dan tekan publish.
7. Tekan pada setting my play codes dan tekan pada code yang diberikan sehingga keluar paparan link untuk anda kongsi kepada pelajar anda.
Mudah, bukan? Semoga artikel ini dapat membantu anda menaikkan semangat anak didik anda. Selamat mencuba.