Cara Buat Resume Terbaik Bagi Lepasan SPM

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Cara Buat Resume Terbaik Bagi Lepasan SPM. Selepas anda tamat SPM, pasti anda ingin mencari tempat dalam pasaran pekerjaan selain menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Tidak perlu merasa rendah diri kerana terdapat banyak tempat atau syarikat yang menawarkan kerja dengan kelayakan SPM. Untuk menarik perhatian majikan, di sini kami kongsikan cara buat resume terbaik bagi lepasan SPM.

Resume

Cara Buat Resume Terbaik Bagi Lepasan SPM

Terdapat beberapa maklumat penting yang perlu diletakkan di dalam Resume anda, susunannya adalah seperti berikut:

1) Maklumat Ringkas Diri

  • pastikan anda meletakkan gambar formal / passport untuk mengekalkan profesionallity anda
  • Gunakan emel dengan nama sebenar dan bukan samaran untuk menunjukkan kematangan anda
  • letakkan nombor telefon yang aktif supaya mudah dihubungi
  • letakkan umur dan status yang benar
  • gunakan tulisan besar dan lengkap
  • maklumat ini termasuklah nama penuh, no kad pengenalan, alamat, no telefon, emel, umur, warganegara, kaum, jantina, agama dan status


2) Latarbelakang Pendidikan/ Akademik

  • Mulakan dengan yang tertinggi iaitu Sekolah Menengah dan diikuti Sekolah Rendah
  • letakkan aliran yang diambil semasa SPM dengan jelas
  • letakkan tahun, institusi belajar dan juga pencapaian seperti 6A SPM, 5A PMR dan sebagainya. Jika pencapaian tidak memuaskan, letak sahaja SPM, PMR tanpa gred atau pangkat.


3) Jawatan dan Penglibatan Luar Kelas/Sekolah

  • letakkan kedua-dua penglibatan iaitu penglibatan akademik dan juga kokurikulum (kelab, persatuan, sukan)
  • penglibatan ini sangat penting untuk menunjukkan anda seorang yang aktif dan berkepimpinan
  • penglibatan akademik seperti pengawas, tokoh pelajar dan sebagainya
  • penglibatan kokurikulum melibatkan pencapaian dan penglibatan dalam sukan atau kemahiran seperti olahraga, pertandingan forum, bola sepak dan sebagainya.
  • kelaskan mengikut bahagian menggunakan kotak supaya lebih kemas dan mudah dinilai.
  • susun mengikut tahun aktiviti/ program dan jawatan/pencapaian tertinggi.
  • jangan menipu di dalam resume kerana kemungkinan mereka akan bertanya pengalaman di dalam penglibatan tersebut semasa temuduga
  • Utamakan penglibatan dan pencapaian peringkat tertinggi seperti antarabangsa dan kebangsaan
Menarik lain :  LinkedIn Learning: 5 Sebab Ianya Efektif

 

4)  Kemahiran dan Kekuatan

  • Merujuk kelebihan dalam diri seperti mudah belajar, senang menyesuaikan diri dan sebagainya
  • Kemahiran lain yang boleh difokuskan adalah kemahiran komputer (bonus jika anda perincikan kemahiran dalam seuatu aplikasi, sistem atau software yang berkaitan seperti microsoft excel, adobe photoshop dan sebagainya) dan kemahiran bahasa.
  • Kelaskan kemahiran bahasa  mengikut kotak kepada bahasa, tahap menulis & tahap bercakap (Speaking & Writing).


5) Rujukan

  • jika pernah bekerja, letakkan nama rujukan, jawatan dan nombor yang mudah dihubungi
  • jika tidak pernah bekerja, letakkan nama dan butiran guru anda
  • tujuan rujukan ini adalah supaya bakal majikan dapat mengetahui lebih lanjut tentang diri kita, mereka boleh menelefon rujukan ini terlebih dahulu untuk mengetahui sikap, cara bekerja dan sebagainya.

Tips Penting

  • Susunan setiap butiran perlu mengikut tarikh/bulan/tahun terkini diikuti bulan/tahun yang berikutnya
  • Semak tanda bacaan seperti noktah dan koma
  • Anda perlu kreatif agar nampak lebih menonjol. Sila gunakan template yang sedia ada di Internet seperti Canva.com yang menawarkan banyak template percuma. 

    FORMAT RESUME
    Bahasa yang digunakan merujuk kepada iklan bahasa yang dipohon
    Format Arial 12 atau Times New Roman 12
    Jumlah  muka surat = 2
    Jenis kertas= A4 putih bertaip

Semasa anda melengkapkan resume ini, bayangkan anda sebagai majikan, apa yang anda ingin lihat di dalam resume bakal pekerja anda. Letakkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap bagi memudahkan urusan majikan anda nanti. Tidak perlu resume yang meleret-leret, masukkan perkara penting dan satu muka surat juga sudah memadai. Selepas dipanggil temuduga, pastikan anda membuat persiapan dengan baik. Rujuk persiapan menghadapi temuduga.  Semoga bermanfaat dan selamat berjaya!

 

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments