Ad Blocker Detected
Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.
Beberapa bulan yang lepas, ada beberapa wakil dari graduan pendidikan membuat aduan tentang lambakan graduan pendidikan yang masih belum dipanggil temuduga dan masih menganggur. Tidak dinafikan, pandemik COVID-19 ini ternyata memberi kesan terhadap pihak SPP kerana terpaksa menangguh temuduga dan perlantikan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Namun, pada 15 Januari 2021, para graduan pendidikan dari Universiti Awam (UA) sudah boleh menarik nafas lega kerana pihak SPP telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan mengadakan temuduga secara maya pada minggu ketiga (3) bulan Februari 2021. Walaupun masih belum ada keputusan senarai nama yang layak, sekurang-kurangnya sudah ada khabar gembira buat mereka. Anda boleh rujuk kenyataan tentang hebahan di bahagian hebahan temuduga SPP.
Cara Semakan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
Pihak SPP memaklumkan bahawa hanya pemohon yang membuat permohonan atau mengemaskini maklumat sebelum 18 Ogos 2020 akan dipanggil temuduga untuk sesi 2021 ini. Anda boleh semak permohonan anda di laman sesawang semakan permohonan jawatan SPP.
Anda hanya perlu memasukkan nombor pengenalan diri anda di dalam ruangan yang disediakan. Kemudian, akan keluar paparan status permohonan.
Jika anda seorang graduan pendidikan tetapi masih belum mendaftar sebagai pemohon SPP , anda bolehlah berbuat demikian menerusi laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam bahagian permohonan jawatan. Pastikan anda mengisi maklumat-maklumat yang diperlukan itu secara teliti dan tepat.
Semoga anda mendapat manfaat dari artikel ini dan dipermudahkan urusan ketika sesi temuduga nanti.
Anda juga boleh membaca Tips Memperkenalkan Diri Semasa Temuduga sebagai persediaan temuduga nanti.