Halatuju Selepas Matrikulasi dan Asasi

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Ketika kita mendapat tawaran matrikulasi ataupun asasi,  pelbagai persoalan timbul mengenai Halatuju selepas Matrikulasi dan Asasi hal ini kerana setiap kali program yang ingin kita terima pastinya pelajar akan memikirkan tentang masa depan halatuju selepas tamat pengajian.

Matrikulasi dan Asasi bukanlah satu institusi yang asing bagi kita,  kedua-dua institusi ini adalah salah satu antara pilihan popular dikalangan pelajar-pelajar yang mempunyai keputusan yang cemerlang.

Halatuju Selepas Matrikulasi

Secara keseluruhan kedua-dua institusi ini mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri. Walaupun demikian, untuk artikel kali ini kami bukan untuk menerangkan kelebihan dan kekurangan matrikulasi dan asasi tetapi lebih kepada ingin membincangkan tentang halatuju selepas matrikulasi dan asasi.

Kemana dan Halatuju Selepas Matrikulasi dan Asasi

Matrikulasi

Terdapat dua pilihan  popular halatuju selepas matrikulasi iaitu sambung belajar atau kerja

Sambung belajar

Jika anda memilih untuk sambung belajar anda boleh mohon UPU untuk ke IPTA/UA selepas berakhirnya semester di matrikulasi. Dari permohonan UPU yang dibuat, anda akan bersaing juga dengan sekolah harian biasa dan institusi lain dengan memohon upu ini.  Jika diterima, anda akan layak untuk meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, selain daripada itu juga anda boleh memohon pengajian di universiti swasta juga dengan pengajian ijazah Sarjana Muda. Pelajar Matrikulasi juga boleh memohon untuk pengajian luar negara seperti ke Indonesia, United Kingdom, Australia dan New Zealand.

Kerja

Lepasan Matrikulasi juga boleh memohon kerja, Walaubagaimanapun demikian memilih untuk terus bekerja adalah tidak relevan kerana kebanyakan lepasan Matrikulasi akan sambung pengajian. Jika anda memilih untuk terus kerja anda juga boleh cuba untuk memohon di SPA9 atau memohon kerja di institusi lain melalui iklan di media massa. Gaji yang diperuntuk kebiasaannya setaraf atau kurang dengan diploma mengikut tawaran daripada institusi yang berbeza.

Menarik lain :  Panduan Lengkap Permohonan Kolej MARA 2022

Asasi

Sambung Belajar

Bagi lepasan asasi, anda boleh untuk sambung belajar dan untuk pengajian asasi di UA/US kebiasaannya anda terus mendapat borang permohonan untuk menyambung ke institusi semasa masing-masing. Ini bermakna di akhir semester anda akan mendapat tawaran permohonan untuk menyambung ke peringkat ijazah Sarjana Muda di IPT yang anda sedang lalui ketika itu. Bagi mereka yang mempunyai keputusan yang tinggi dan cemerlang tawaran ke luar negara juga ada disediakan di IPT tersebut namun dalam situasi terkini belajar di IPT dalaman adalah sangat digalakkan.

Kerja

Pelajar asasi juga boleh memohon kerja tetapi golongan yang terus memohon kerja selepas asasi ini adalah sangat sedikit di kalangan masyarakat kita. Hal ini kerana, kebiasaannya pelajar akan terus menyambung pengajian di institusi masing-masing. Namun demikian, sekiranya ada pelajar yang ingin bekerja juga boleh terus memohon di SPA9 dan cuba memohon kerja yang setaraf yang dikeluarkan di media massa.

Ringkasan Halatuju Selepas Matrikulasi dan Asasi

Matrikulasi

Sambung belajar

  • Mohon UPU utk ke IPTA/UA -terus ijazah sarjana muda
  • Mohon pengajian Luar negara  -Indonesia – UK -Aus -NZ
  • Boleh Mohon IPTS/US -ijazah sarjana muda

Kerja

  • Mohon SPA9
  • Mohon Kerja

Asasi

Sambung belajar

  • Permohonan sambung terus di IPTA/UA
  • Asasi di IPTS/US juga permohonan dalaman
  • Mohon belajar luar negara

Kerja

  • Mohon SPA9
  • Mohon Kerja setaraf

Secara keseluruhan, lepasan asasi dan Matrikulasi ini mempunyai peluang yang cerah untuk menyambung pengajian masing-masing. Membuat pilihan untuk bekerja selepas Matrikulasi dan asasi adalah sesuatu yang jarang berlaku dan sekiranya anda memilih untuk terus bekerja mungkin ada masalah tertentu dan anda tidak perlu risau kerana anda juga boleh memohon kerja selepas Matrikulasi dan asasi. Namun demikian, tahap gaji atau jawatan yang bakal anda terima nanti pastinya tidak seperti lepasan ijazah dan mungkin juga anda diberikan kelayakan seperti graduan diploma dan STPM.

Subscribe
Notify of
guest
12 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Ain
Ain
3 years ago

Adakah asasi sama denga stpm?

fiziesss
Admin
Reply to  Ain
3 years ago

Sama dari segi kelayakan iktisas..tapi beza dari segi pembelajaran dan persekitaran.

Tarrshan
Tarrshan
3 years ago

Asasi Ipts boleh mohon degree ipta tak?

fiziesss
Admin
Reply to  Tarrshan
3 years ago

Kebiasaanya institusi ada tawarkan asasinya sendiri dan akan mengutamakan student asasinya. Dari segi kelayakan mmg boleh mohon tapi agak sukar dengan persaingan..sebaiknya mohon di institusi yg sedang belajar tu.

marsya
marsya
3 years ago

untuk melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda dalam bidang kedoktoran (medicine/surgery), adakah keputusan SPM juga akan diambil kira? atau pointer di matrikulasi sahaja yang diambil kira?

fiziesss
Admin
Reply to  marsya
3 years ago

jika persaingan tempat sengit..pastinya Kedua2 diambil kira..

Ema
Ema
Reply to  marsya
2 years ago

Sekiranya pelajar cemerlang di matrik , adakah dia tidak berpeluang sambung bidang doktor klu spm dia tk cemerlang?

fiziesss
Admin
Reply to  Ema
2 years ago

Keputusan SPM diminta juga untuk sambung ijazah perubatan.. tapi masih ada peluang utk bersaing..

RositaJoseph Tarum
RositaJoseph Tarum
Reply to  fiziesss
2 years ago

Pointer berapa untuk kelayakkan mohon sambung ijazah bidang doktor? Bagi lepasan asasi?

Fathurrahman
Fathurrahman
3 years ago

adakah matriks ada elaun?

unknown
unknown
Reply to  Fathurrahman
3 years ago

ada

helen
helen
2 years ago

boleh tak pelajar matrik 2 tahun nak rehat setahun dulu selepas habis matrik kemudian baru isi upu semula selepas rehat setahun?adakah result matrik dan spm masih bole digunakan untuk mengisi next upu?