Kelas Online Norma Baharu PKP

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

kelas online

 

Kelas Online Norma Baharu PKP – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan operasi pelbagai sektor terjejas dan diarah tutup, termasuk sekolah serta institusi pengajian tinggi (IPT). Disebabkan itu, proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah mahupun universiti dikendalikan secara maya melalui sistem e-pembelajaran. Sistem permbelajaran melalui kelas online ini tetap dijalankan bagi meneruskan silibus pembelajaran perlajar di rumah masing-masing. Kelas online bagi norma baharu ini sangat penting bagi memastikan para pelajar tidak ketinggalan jauh dalam pelajaran dan bukannya masa untuk ‘honeymoon’ bersenang lenang di rumah. 

Ibubapa dan pelajar sendiri memainkan peranan penting dalam memastikan pelajar menjalani sesi pembelajaran online yang berkesan di rumah. Pelajar perlulah disiplin menghadiri kelas online dan tidak mengambil mudah usaha guru-guru mahupun pensyarah dalam menyediakan bahan pembelajaran yang menarik dan sesuai, sama ada dalam bentuk video, lembaran kerja, animasi dan sebagainya bagi kelas online bersama pelajar. Bagi menghargai para pendidik dan memastikan ilmu terus sampai kepada pelajar, etika dan adab belajar dalam kelas online norma baharu tidak ketinggalan penting untuk diamalkan. Berikut perkongsian beberapa etika dan adab semasa menjalani kelas online belajar di rumah bagi norma baharu ini. 


Sebelum Kelas Online Bermula 

  1. Pastikan anda bangun awal pagi sepertimana anda hendak ke kelas bagi membina mood belajar di rumah 
  2. Mandi dan bersarapan teerlebih dahulu supaya lebih bersemangat dan bertenaga ketika kelas 
  3. Sediakan bahan belajar atau buku untuk subjek yang berkaitan 
  4. Membuat persediaan seperti membaca terlebih dahulu subjek yang akan dibincangkan semasa kelas online untuk memudahkan kefahaman ketika kelas online. Antara channel Youtube yang boleh dirujuk termasuklah Cikgu Romie(Matematik) , Cikgu Hailmi(Sains)Cikgu Adlina Sojep(Sejarah).
  5. Sediakan charger, earphone, laptop dan segala keperluan ketika kelas online bagi mengelakkan kelam kabut sekiranya laptop/phone kekurangan battery 
  6. Masuk ke dalam platform kelas online mengiikut masa yang ditetapkan, elakkan daripada lambat atau hanya hadir semasa guru mengambil kehadiran sahaja
  7. Memakai pakaian yang bersesuaian supaya sentiasa bersedia apabila guru meminta untuk membuka camera 
  8. Sediakan air atau snek ringan bagi mengelakkan rasa mengantuk 
Menarik lain :  Master Psikologi: 7 Cara Graduan Psikologi Melanjutkan Pengajian

 

Semasa Kelas Online Dijalankan

  1. Meletakkan nama sebenar di dalam platform kelas online, elakkan menggunakan nama samaran atau nama yang tidak dapat dikenali oleh guru
  2. Pastikan kawan-kawan sekelas lain untuk menyertai kelas tepat pada masanya 
  3. Mengingatkan kawan-kawan untuk turut hadir dalam kelas online 
  4. Sampaikan kepada guru sekiranya ada pelajar yanng tidak dapat hadir atas sebab yang munasabah
  5. Anda digalakkan membuka kamera laptop/phone bagi memberi semangat kepada guru dan menujukkan sokongan dengan tumpuan sekiranya mempunyai line yang stabil
  6. Pastikan microphone anda dalam keadaan ‘mute’ jika guru sedang mengajar bagi mengelakkan gangguan semasa kelas online dijalankan
  7. Tumpukan perhatian dan catat nota serta info penting semasa kelas 
  8. Maklumkan kepada guru di ruangan chat sekiranya connection lemah
  9. Berikan respon dengan segera sekiranya guru bertanya 
  10. Berikan respon menunjukkan anda faham dengan apa yang disampaikan melalui audio atau sekurang-kurangnya memberikan simbol membina seperti ‘thumbs up’ di ruangan chat
  11. Elakkan chat dengan rakan sewaktu guru mengajar 
  12. Bertanya sekiranya ada soalan atau kemusykilan kepada guru ketika kelas online supaya ramai mendapat manfaatnya

 

Selepas Kelas Online Berakhir

  1. Ucapkan terima kasih kepada guru selepas tamat kelas  
  2. Baca semula nota selepas habis kelas supaya lebih faham
  3. Menonton semula rakaman kelas untuk faham lebih jelas 
  4. Membuat latihan yang berkaitan selepas kelas sebagai pengukuhan 
  5. Siapakan kerja dan tugasan yang diberi oleh guru semasa kelas
  6. Menghantar kerja atau latihan yang diberikan oleh guru tepat pada masanya

 

 

Juga sedikit perkongsian, Imam al-syafi’i telah berpesan bagi penuntut ilmu ada 6 perkara.

  1. Zaka’un : cerdik untuk memahami suatu pelajaran yang dipelajarinya.
  2. Hirshun : fokus dan ketekunan dengan ilmu pengetahuan tidak pernah cukup dengan ilmu yang didapatinya.
  3. Ijtihadun : bersungguh-sungguh dan serius dalam mempeljari suatu ilmu sedikit demi sedikit 
  4. Bulghotun: seorang penuntut ilmu harus memiliki dana atau kemampuan untuk membeli keperluan pembelajaran  seperti buku tulis, alat tulis dan sebagainya.
  5. Irsyadun ustaz : mengikut petunjuk guru, murid harus mempunyai guru yang Mursyid yang memang ahli dalam bidang yang sedang dia pelajari. 
  6. Thulu zaman : sepanjang masa, murid perlulah sentiasa memperlajari dan memperbaharui ilmu supaya dapat dimanfaatkan untuk diri sendiri dan orang sekeliling.  
Menarik lain :  4 Norma Baharu Di Institut Pengajian Tinggi (IPT)

 

Setakat ini perkongsian adab dan etika sebagai pelajar sepanjang kelas online di rumah. Walaupun mungkin ada kelemahan dan gangguan yang akan dialami ketika belajar online di rumah seperti situasi di rumah, line connection dan sebagainya, ambillah sebagai satu cabaran untuk lebih bersemangat dalam menuntut ilmu dan mencapai prestasi yang cemerlang dalam pelajaran. Jika dilihat dari sudut positif, kelas online sangat membantu dalam menjimatkan masa dan tenaga untuk bergerak ke kelas, dapat menyediakan tempat belajar yang lebih selesa dan kondusif untuk diri sendiri, dan yang paling penting dapat mengurangkan risiko wabak Covid-19 pasa masa kini.

Kita harus bersyukur kerana zaman ini kita mempunyai kemudahan internet yang membuka ruang untuk kita belajar dari rumah. Kini semuanya dihujung jari anda untuk terus kekal berusaha dalam menimba ilmu yang luas. Manfaatkan kemudahan internet dengan menggunnakan mana-mana laman web pembelajaran yang boleh menambah kefahaman dalam mengulangkaji pelajaran. Selamat menjalani kelas online!

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments