Maksud Singkatan TOV, AR, ETR, OTI, GPMP, GPS

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Apa maksud singkatan TOV, AR, ETR, OTP, GPMP dan GPS? Singkatan ini wajib diketahui oleh semua guru terutamanya pada awal tahun untuk penetapan target murid untuk peperiksaan seterusnya. Perkara ini penting untuk diketahui dan difahami dengan mendalam oleh guru-guru untuk melihat perkembangan dan prestasi setiap murid.

maksud tov

maksud tov

Perkongsian ini untuk rujukan guru-guru baru yang sedang belajar untuk memahami tugasan ini terutamanya Guru Mata Pelajaran. Apa lagi jika anda seorang guru yang mengajar mata pelajaran untuk murid yang bakal menduduki peperiksaan penting seperti PT3 dan SPM.

 

Kadang-kadang sebagai guru, kita selalu lupa maksud singkatan yang panjang. penulisan ini juga bertujuan untuk membantu kita mengingat  maksud tentang TOV, AR, ETR, OTP, GPMP, GPS

 Maksud tentang TOV, AR, ETR, OTP, GPMP, GPS

Maksud TOV  

Maksud TOV ialah Take Of Value. Hasil penilaian yang telah dicapai oleh seseorang murid. Hasil pencapaian akademik murid bagi setiap mata pelajaran. Guru boleh merujuk peperiksaan tahun sebelumnya atau peperiksaan akhir tahun.

Maksud AR

AR ialah Actual Result iaitu hasil sebenar yang dicapai oleh murid. Hasil keputusan peperiksaan terkini yang telah dicapai. Maksudnya pencapaian hasil penilaian yang diperoleh setelah menjalani penilaian.

Maksud ETR

ETR ialah Expected Target Result. Maksudnya ialah sasaran hasil jangkaan atau dengan kata lain target yang dijangka mampu dicapai oleh seseorang murid. ETR biasanya dibuat berdasarkan pencapaian tertinggi yang dicapai oleh murid dalam beberapa peperiksaan yang telah diduduki.

Maksud OTI 

OTI bermaksud Operational Targeted Increment. Dengan kata lain OTI ialah peningkatan sasaran operasi. Biasanya ia dirujuk sebagai peningkatan hasil pembelajaran yang diharapkan dengan merujuk beberapa penilaian sebelum mencapai ETR.

Menarik lain :  PPBU Bank Rakyat vs PTPTN: Mana yang Lebih Baik?

Maksud GPMP

GPMP bermaksud Gred Purata Mata Pelajaran yang mana boleh dikira secara automatik daripada sistem Microsoft Excel atau sistem online SAPS.

Maksud GPS

GPS pula bermaksud Gred Purata Sekolah. Pencapaian keseluruhan semua murid di sekolah bagi menunjukkan kedudukan sekolah dalam ranking ke berapa.

Bila keputusan SPM keluar contohnya, sekolah akan melihat Gred Purata Sekolah, GPS sama ada mencapai ETR mahupun tidak. Sekolah juga ada target yang ingin dicapai. Bukan sahaja murid yang perlu ada target yang ingin dicapai.

Jika mencapai atau melibihi target yang ditetapkan. Semua guru akan tersenyum lebar dengan hasil pencapaian tersebut. Lumrahnya, jika sebaliknya, hanya tersenyum hambar yang menunjukkan kekecewaan. Begitulah hati dan jiwa nurani seorang guru yang tidak akan difahami oleh jika bukan seorang guru yang telah berusaha dari awal hingga ke akhirnya.

Semoga perkongsian ini dapat membantu.

 

 

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments