Ad Blocker Detected
Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.
Panduan Upload Dokumen SPP Secara Online. Pada 22 Januari yang lepas, hebahan panggilan temuduga secara online boleh disemak oleh graduan pendidikan yang memohon jawatan di portal Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia. Hebahan ini boleh disemak melalui link berikut: SEMAKAN SPP.
Calon yang dipanggil temuduga kali ini terdiri daripada mereka yang memohon dan mengemaskini selewat-lewatnya pada 18 Ogos 2020. Nama anda tidak akan tersenarai sekiranya telah mengemaskini maklumat selepas tarikh berkenaaan. Tetapi jangan bimbang kerana kemungkinan akan ada panggilan seterusnya dalam masa terdekat berikutan permohonan yang tinggi. Temuduga ini dilaksanakan secara online atau maya melalui Cisco Webex bagi mengelakkan risiko penularan COVID-19.
Setelah anda menyemak panggilan temuduga SPP pautan tersebut,
Sekiranya nama anda tidak tersenarai jangan bimbang kerana kemungkinan kos anda tidak tersenarai bagi panggilan sesi kali ini January 2021. Berikut merupakan senarai opsyen yang tidak ditawarkan semasa hebahan Permohonan Myspp.
1. Pendidikan Bahasa Arab
2. Pendidikan Bahasa Perancis
3. Pendidikan Bahasa Iban
4. Pendidikan Bahasa Kadazan
5. Pendidikan Biologi
6. Pendidikan Teknologi Maklumat/ Multimedia
7. Pendidikan Kimia
8. Pendidikan Pengurusan Perniagaan
9. Pendidikan Perakaunan
10. Pendidikan Rbt ( KH/ Mekanikal/ Elektronik)
11. Pendidikan Ekonomi/ Sains Rumahtangga
12. Pendidikan Sains Pertanian
13. Pendidikan Kejuruteraan Elektrik n Elektronik
14. Pendidikan Pemesinan
Sekiranya berjaya dalam hebahan temuduga SPP nama anda akan tersenarai seperti berikut:
Panduan Upload Dokumen SPP Secara Online
ARAHAN MEMUAT NAIK DOKUMEN TEMU DUGA SECARA DALAM TALIAN
1. Semua calon perlu memuat naik dokumen dan maklumat secara dalam talian sebelum dipanggil untuk ditemu duga.
2. Calon hendaklah mengisi dan melengkapkan dokumen seperti dalam Senarai Semak Panggilan Temu Duga. Seterusnya mengimbas (scan) dokumen yang berkaitan dan menyimpan (save) dokumen tersebut dalam satu fail (folder) yang sama. Fail berkenaan hendaklah dinamakan mengguna “No. Kad Pengenalan (MyKad) Calon _ Singkatan Nama Opsyen”. (Contoh: 888888888888_UABM)
3. Semua dokumen yang diimbas (scan) mestilah merupakan dokumen asal (original) berwarna sahaja.
4. Maklumat yang disimpan dalam fail MESTILAH dinamakan mengikut tatacara nama yang telah ditetapkan.
5. Maklumat yang perlu dimuat naik oleh calon adalah seperti Senarai Semak Dokumen Temu Duga.
6. Kenal pasti Opsyen bagi memastikan e-mel dihantar dengan tajuk e-mel yang betul. Calon hendaklah menghantar dokumen ke alamat e-mel berdasarkan kategori Opsyen.
-Pastikan hanya scan dokumen yang ASAL sahaja.
-Pastikan dokumen dalam bentuk PDF dan bukannya IMAGE
– Pastikan gambar yang discan dengan betul, jelas, tiada shadow, boleh dibaca & tidak senget benget.
-Gambar background passport bewarna biru
-Isi maklumat senarai semak dgn lengkap, scan & upload
-Namakan file/dokumen & folder mengikut arahan yang diberi.
PANDUAN MEMUAT NAIK DOKUMEN TEMU DUGA KE GOOGLE DRIVE
1. Setiap calon perlu memiliki dan menggunakan akaun e-mel Gmail milik masing – masing. Simpan dokumen yang akan diupload dalam satu file seperti berikut:
SUSUNAN:⤵️
Nama File:
96071411XXXX_UA
<No. Kad Pengenalan_SingkatanNamaOpsyen>
(Jangan letak sengkang pada IC)
Nama Dokumen/File(pdf):
1) Senarai Semak
2) Kad Pengenalan
3)Sijil Lahir
4)Kepujian Bahasa Melayu (SPM)
-Sijil SPM
-Sijil STPM/Asasi
5)Sijil Ijazah & Transkrip
-Skroll
-Akademik Transkrip
6)Pengiktirafan Kelayakan
-Surat MQA
7) Sijil Kegiatan Ko-kurikulum
-3 sijil yang tertinggi
*** SILA SEMAK PADA SENARAI DOKUMEN SEMASA***
Panduan memuat naik maklumat ke Google Drive:
1) Google Drive ➡️ New➡️ Folder Upload➡️ Cari folder tadi: 96071411XXXX_UA
2) Soft Klik pada folder diupload ➡️ Tekan Button ♾(get link) ➡️ Change from restricted to Anyone with the link ➡️ Copy Link ➡️Done
3) Gmail ➡️Compose➡️ New Massage:
To: pengambilanguru05@gmail.com (rujuk gmail mengikut opsyen masing-masing)
Subject:
96071411XXXX_UAP
Massage:
Assalam WRT WBT,
Tuan,
Nama: XXXXX
No. Kad Pengenalan: 96071411XXX
Opsyen: XXXX
Pautan muat naik dokumen temuduga.
(Paste Link tadi)
Sekian, terima kasih
➡️Send
Pautan maklumat bagi Senarai Semak Panggilan Temu Duga perlu dikemukakan melalui e-mel kepada urus setia dengan subjek <No. Kad Pengenalan_SingkatanNamaOpsyen> ke alamat e-mel yang ditetapkan mengikut opsyen.
Pastikan subjek e-mel adalah <No. Kad Pengenalan_SingkatanNamaOpsyen> (Contoh: 888888888888_UABM).
Seterusnya, pautan maklumat seperti dalam Senarai Semak Panggilan Temu Duga perlu dikemukakan melalui e-mel kepada urus setia dengan subjek <No. Kad Pengenalan_SingkatanNamaOpsyen> ke alamat e-mel yang ditetapkan.
Suruhanjaya berhak untuk tidak menemu duga calon yang tidak menepati syarat – syarat yang ditetapkan.
Contoh adalah seperti berikut:
Di sini kami berikan contoh semasa hebahan Januari 2021. Sila semak ke portal SPP bagi kemaskini terbaru bagi dokumen dan cara muat naik terkini yang mungkin berubah dari semasa ke semasa. Pastikan dokumen yang diminta lengkap dan dimuat naik dengan cara yang betul sebelum masa yang ditetapkan. Setelah selesai proses ini, buatlah persediaan secukupnya bagi menghadapi temuduga SPP secara online. Selamat berjaya!