Penangguhan Sesi Persekolahan Tahun 2021

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Penangguhan Sesi Persekolahan Tahun 2021. Pada 16 Januari yang lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui satu kenyataan media telah mengumumkan penangguhan sesi persekolahan secara bersemuka tahun 2021 yang melibatkan semua pelajar sekolah rendah dan pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah.  Ini berikutan peningkatan kes Covid-19 pada sabtu yang lalu yang menunjukkan jumlah kes paling tinggi sejak kali pertama penularan wabak tersebut, iaitu sebanyak 4029 kes seperti yang dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham.

Menurut kenyataan media tersebut, sesi persekolahan secara bersemuka bagi tahun 2021 yang sepatutnya bermula pada 20 Januari yang akan datang hanya akan melibatkan calon-calon peperiksaan utama tahun 2020 termasuk calon-calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Diploma Vokasional Malaysia (DVM), serta peperiksaan antarabangsa yang setara.

Manakala semua pelajar sekolah rendah dan pelajar Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5 di sekolah menengah sesi persekolahan 2021 perlu mengikuti proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mulai 20 Januari (Rabu) ini.

Penangguhan Sesi Persekolahan Tahun 2021

Panduan pengoperasian Sesi Persekolahan adalah seperti berikut:

 

1. Sekolah Asrama Penuh dan Sekolah Asrama Harian

Bagi pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 di sekolah berasrama penuh yang telahpun mendaftar dan pulang ke asrama pada 16 Januari yang lepas, mereka diberikan pilihan untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian di asrama atau memilih untuk mengikuti PdP di rumah.

The mix of modeling by the teacher and pupils will fulfill the prerequisites the changing abilities within the class. Sooner or later, more on line college courses may likely be included with the internet instructing program how to write my essay free online. Occasionally within an internet class, it is possible to need to create team function. In so doing, finally, it is possible to provide an individual and additionally a team grade averaging every among the grades together.

Menarik lain :  3 Aplikasi Pembelajaran Online Yang Mudah Digunakan

“Murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 boleh kekal di asrama dan mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian di sekolah atau boleh pulang ke rumah dan mengikuti PdPR.”

Manakala pelajar tingkatan 5 sesi persekolahan 2020 dan tingkatan enam perlu kekal di sekolah bagi mengikuti PdP secara bersemuka sehingga tamat peperiksaan. Peperiksaan SPM dan STPM sesi 2020 dijangka bakal bermula pada 22 Februari 2021 seperti yang dimaklumkan oleh KPM pada 8 November tahun lepas. Rujuk pautan berikut Tarikh Baharu Peperiksaan Awam

Pelajar asrama Tingkatan 1,  4 dan 5 di sekolah harian juga diberikan pilihan untuk kekal dan mengikuti PdP secara dalam talian di sekolah atau untuk pulang dan mengikuti PdP di rumah. Manakala, pelajar tingkatan 5 sesi 2020 dan tingkatan perlu kekal di sekolah bagi mengikuti sesi PdP secara bersemuka.

“Murid Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 boleh kekal di asrama dan mengikuti PdP secara dalam talian di sekolah atau boleh pulang ke rumah dan mengikuti PdPR. Muri Tingkatan 5 (2020) dan Tingkatan 6 mengikuti PdP secara bersemuka di sekolah sehingga selesai peperiksaan.”

2. Pengoperasian Sekolah

KPM juga melalui kenyataannya menyeru semua guru yang terlibat dengan kelas peperiksaan utama termasuklah SPM, STAM, STPM, SVM, SKM, DVM untuk menghadiri sekolah bagi tujuan PdP secara bersemuka pada 20 Januari yang akan datang.

“Bagi tujuan pengoperasian sekolah, semua guru hendaklah kembali ke stesen tempat bertugas masing-masing sebelum 20 Januari 2021. Guru yang terlibat dengan kelas peperiksaan SPM/ SVM/ SKM/ STPM/ STAM/ DVM tahun 2020 perlu hadir ke sekolahuntuk tujuan PdP secara bersemuka.”

Bagi guru yang tidak terlibat dengan kelas peperiksaan utama 2020, mereka tidak diwajibkan untuk menghadiri sekolah dan kehadiran adalah berdasarkan keperluan seperti yang digariskan oleh Ketua Jabatan.

Menarik lain :  Penempatan Darjah 1: Semakan, Tarikh Penting dan Rayuan

3. Panduan Pelajar Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG)

Pelajar Kolej Matrikulasi perlu untuk kekal di kolej bagi mengikuti PdP yang bakal diadakan secara hibrid iaitu gabungan PdP secara dalam talian dan bersemuka.

“Bagi pelajar Kolej Matrikulasi, mereka perlu kekal di kolej masing-masing untuk terus mengikuti pembelajaran secara hibrid.”

Pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) yang telahpun mendaftar dan pulang ke asrama juga diminta untuk kekal berada di asrama. Bagi pelajar yang belum pulang dan mendaftar, mereka diberikan pilihan sama ada untuk pulang ke asrama atau mengikuti PdPR. PdP di IPG seluruh negara telah bermula pada 17 Januari 2021 secara dalam talian.

4. Pengoperasian Tadika Swasta

Tadika swasta yang telah berdaftar di bawah KPM juga dibenarkan beroperasi mengikut SOP yang telah digariskan. Pembukaan dan kelangsungan tadika swasta dalam tempoh PKP dan PKPB adalah berdasarkan permintaan yang tinggi daripada pihak ibu bapa yang perlu keluar berkhidmat bagi memastikan kelangsungan ekonomi negara.

Merujuk kenyataan itu, semua keputusan yang telah diambil oleh pihak KPM merupakan hasil perbincangan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) setelah meneliti keadaan semasa penularan wabak Covid-19 dan trend kes yang yang semakin meningkat.

Bagi semua pelajar yang perlu mengikuti PdP secara dalam talian, dapatkan tips pemebelajaran online secara berkesan dengan menekan pautan berikut: Kelas Online Norma Baharu PKP

 

sesi persekolahan

Sesi persekolahan secara bersemuka 2021 ditangguhkan berikutan peningkatan kes Covid-19.

 

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments