Ad Blocker Detected
Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.
Keputusan Penempatan Darjah 1 dah boleh semak sekarang! Bagi mereka yang ternanti-nanti tentang keputusan anak mereka untuk mula tahun 1 pada sesi 2024/2025, kini sudah boleh semak. Jangan lepaskan tarikh-tarikh penting ini! Jom kita tengok.
Tarikh Penting untuk Semakan Penempatan Darjah 1
- Tarikh Surat Keputusan Penempatan: 1 Oktober 2023
Mulai daripada 1 Oktober ini, semua ibu bapa dah boleh semak keputusan penempatan anak anda. Surat penempatan ini akan diperlukan semasa proses pendaftaran pada bulan Februari.
- Tempoh Rayuan: 1 Oktober hingga 30 Oktober 2023
Jika anak anda tidak dapat penempatan atau sekolah yang diinginkan, anda boleh membuat rayuan. Jangan risau! Ibu bapa mempunyai tempoh sehingga 30 Oktober untuk mengemukakan rayuan anda.
- Tarikh Mula dan Tamat Pengesahan Penempatan: 1 hingga 30 Oktober 2023
Pada tempoh 1 hingga 30 Oktober, ibu bapa PERLU mengesahkan penempatan anak anda, sama ada secara dalam talian (online) atau dengan pergi ke sekolah yang ditetapkan.
- Tarikh Keputusan Rayuan: 1 Oktober 2023
Jika anda telah mengemukakan rayuan pada tahun sebelumnya, (Ini merupakan bagi ibu bapa yang sudah membuat rayuan), keputusan rayuan akan dikeluarkan pada tarikh ini. Ingat, rayuan hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui sistem, dan tiada rayuan secara manual boleh dilakukan.
Cara Semakan Penempatan Darjah 1 Sesi 2024 / 2025
Ibu bapa boleh membuat semakan penempatan anak anda dengan mudah. Senang, boleh atas talian sahaja sekarang! Ikuti langkah-langkah di bawah:
Pengesahan Penempatan
Anda boleh mengesahkan penempatan anak anda dengan dua cara:
- Dalam talian: Melalui sistem dalam talian yang disediakan.
- Ke sekolah: Anda juga boleh mengunjungi sekolah yang ditetapkan untuk mengesahkan penempatan.
Ingat, surat penempatan ini sangat penting, jadi pastikan anda menyimpannya dengan selamat dan membawanya semasa pendaftaran anak anda pada bulan Februari. Ingat, surat ini sangat penting.
Dinasihati untuk cetak segera.
Proses Pengesahan dan Semakan Penempatan Secara Online
Langkah 1: Layari Laman Web Rasmi
Pertama sekali, buka pelayar web anda dan layari laman web rasmi di https://idme.moe.gov.my/login Ini adalah laman web yang penting untuk semua urusan berkaitan pendidikan.
Langkah 2: Log Masuk ke Portal
Setelah masuk di laman web, tekan butang “Log masuk” untuk mengakses akau. Pastikan anda mempunyai butiran log masuk yang diperlukan sebelum meneruskan langkah seterusnya. Pastikan maklumat betul!
Langkah 3: Semakan Penempatan Darjah 1
Setelah log masuk, anda akan dibawa ke dashboard anda. Di sini, cari pilihan yang bertajuk “Semakan Status Permohonan Tahun 1” dan klik pada pilihan tersebut.
Langkah 4: Pilih Semakan Penempatan Darjah 1
Dalam bahagian semakan status permohonan, anda akan melihat beberapa pilihan. Pilih “Semakan Penempatan” untuk meneruskan proses semakan.
Langkah 5: Semak Status Permohonan Murid Anda
Di sini, status permohonan murid anda akan dipaparkan dengan jelas. Anda akan dapat melihat maklumat penting berkenaan penempatan anak anda.
Langkah 6: Cetak Surat Penempatan dan Surat Persetujuan Kesihatan
Setelah semakan selesai dan penempatan anak anda disahkan, anda boleh mencetak surat penempatan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.
Pastikan anda menyimpannya dengan teliti dan selamat.
Tindakan Ibu Bapa Selepas Semakan Penempatan Darjah 1
Sekarang, jom kita lihat tindakan yang perlu anda ambil selepas membuat semakan penempatan anak anda:
- Rujuk Contoh Surat Tawaran Penempatan Tahun 1
Untuk membantu semua memahami isi surat penempatan, anda boleh merujuk kepada contoh surat tawaran penempatan Tahun 1 yang disediakan.
Pengesahan Penempatan Semakan Penempatan Darjah 1
Langkah 1: Pengesahan dalam Sistem Online
Ibu bapa perlu membuat pengesahan penempatan anak anda melalui sistem dalam talian. Ini bermaksud tidak payah menghantar surat penempatan atau dokumen lain secara fizikal ke sekolah. Tapi, jangan lupa mencetak dan menyimpannya dengan selamat untuk rujukan semasa pendaftaran di sekolah kelak.
Langkah 2: Ada masalah? Hubungi je sekolah
Jika anda menghadapi sebarang masalah semasa proses pengesahan dalam talian, jangan ragu-ragu nak hubungi sekolah tempat anak anda ditempatkan. Mereka akan dengan senang hati membantu anda menyelesaikan proses ini.
Permohonan Rayuan Penempatan Darjah 1
- Jika anda merasa perlunya membuat rayuan terhadap penempatan yang diterima, anda boleh memulakannya bermula 1 Oktober hingga 30 Oktober 2023.
- Untuk penekanan, rayuan penempatan hanya boleh dilakukan secara dalam talian, dan proses ini adalah MUKTAMAD. Maksudnya, apa yang diputuskan akan menjadi keputusan akhir. Pastikan anda mengikuti langkah-langkah di bawah:
- Pastikan anda telah membuat pengesahan dalam talian.
- Kemudian, butang “RAYUAN” akan menjadi aktif untuk anda gunakan.
- Semak keputusan rayuan anda dalam sistem yang sama.
- Cetak dan simpan dengan selamat keputusan rayuan untuk rujukan semasa pendaftaran anak di sekolah.