Pengambilan Khas Guru Secara One-Off

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Isu kekurangan guru telah berlarutan sekian lama. Pihak KPM telah meneliti perkara ini satu per satu dengan cukup mendalam. Cabaran utama dalam konteks pengambilan guru ialan terdapat kekurangan bekalan calon guru Institusi Pendidikan Guru (IPG) daripada apa yang KPM unjurkan.

Mungkin terdapat ramai diluar sana yang sudah ada kelayakan sebagai guru tetapi masih tidak dipanggil untuk mengajar. Cabaran disini ialah ketidakpadanan opsyen (option) mata pelajaran. Contoh pihak KPM mahukan guru dalam matapelajaran Bahasa Melayu, tetapi opsyen calon yang ada ialah Kimia, maka terdapat ketidakpadanan dalam subjek itu. Maka, wujud keadaan yang agak sukar bagi pihak KPM untuk menawarkan dan mengambil calon guru-guru.

Negeri Selangor, Johor, Sarawak dan Sabah merupakan negeri yang mempunyai kekosongan guru tertinggi. Dalam konteks ini, Negeri Sarawak, bukan sahaja peratusan guru rendah tetapi juga pengisian calon guru untuk ke sana juga rendah berbanding dengan tempat-tempat lain.

Dr Radzi tidak menidakkan hal ehwal negeri lain yang mempunyai kekurangan guru, namun 4 negeri ini, Selangor, Johor, Sarawak dan juga Sabah merupakan empat negeri tertinggi dalam konteks kekurangan guru berbanding dengan negeri-negeri lain.

Kekurangan guru memberi kesan bukan sahaja kepada murid tetapi juga kepada pihak pentadbir sekolah.

Pengambilan Khas Guru Secara One-Off

Mata pelajaran yang kekurangan guru:

Sekolah Rendah:

  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Pendidikan Khas
  • Pendidikan Agama Islam
  • Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Sekolah Menengah:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Pendidikan Khas
  • Pendidikan Agama Islam
  • Reka Cipta dan Teknologi

Pendekatan yang diambil Kementerian Pendidikan Tinggi

Pengambilan Khas Guru Secara One-Off

Kolaborasi Strategik Pengambilan Khas Guru oleh Kementerian Pendidikan Malaysia:

Kementerian Pendidikan Malaysia berkolaborasi dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk kelulusan Khas pengisian jawatan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi persetujuan Pihak Berkuasa Melantik

Menarik lain :  UPUOnline: Fasa Kemaskini Sesi Akademik 2022/2023

Pendekatan Baharu melalui:

  • Kluster Opsyen Mata Pelajaran
  • Kepelbagaian Kaedah Pelantikan

Kerjasama:

  • Panel Temuduga
  • Logistik
  • Keurusetiaan

Pengambilan Khas Guru Secara One-Off

Pengambilan: 18702 

Tarikh memohon: 7 Julai 2021

Penempatan: Oktober 2021

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan pengambilan khas 18,702 pendidik khas untuk menyelesaikan masalah kekurangan guru di beberapa negeri.

Permohonan untuk pengambilan khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41, akan dibuka mulai 7 Julai untuk permintaan pendidikan yang ditempatkan di sekolah masing-masing mulai Oktober depan.

Isu ini sudah lama tidak ada titik nokhtahnya. Jika dibiarkan berlarutan isu ini tidak akan selesai. Oleh yang demikian pengambilan kali ini akan menutup rapat jurang kekurangan guru dan mewujudkan satu asas atau baseline dimana jumlah kekurangan guru ini tidak akan berlaku pada masa hadapan.

Jika kita lihat usaha ini merupakan satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk merancang pelan pendidikan negara.

Iklan Pengambilan Khas Guru

Iklan Pengambilan Khas Guru akan dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) pada 7 Julai 2021.

Tarikh diberitahu dengan lebih awal supaya pihak guru, pensyarah dan ibu bapa boleh memberitahu calon-calon guru yang menantikan berita ini dan melakukan persediaan.

Penempatan Pengambilan Khas Guru Secara One-Off

Pengambilan Khas Guru Secara One-Off akan dilakukan secara berperingkat mulai Oktober 2021.

Soalan

SOALAN: Berkaitan isi pengambilan guru, adakah pada tahun-tahun mendatang guru yang diambil secara one-off dan kemudian akan ada ‘gap’ dalam pengambilan lagi pada masa akan datang?

Tidak. Apa yang pihak KPM akan lakukan untuk menutup jurang yang lama ada ini. Terdapat kekurangan guru dan dengan pengambilan lebih 18 ribu orang guru ini akan menutup jumlah kekurangan guru di negeri-negeri.

Menarik lain :  Tarikh Rasmi Keputusan SPM 2020 dan Peperiksaan SPM 2021

Pengambilan akan diambil seperti biasa pada tahun-tahun akan datang.

SOALAN: Adakah penempatan secara berperingkat pada Oktober bermaksud guru akan diletakkan di tempat yang berbeza?

Ya. Setelah diiklankan, pihak guru akan melalui peperiksaan dan sebagainya. Dimana layak akan melalui sesi temuduga. Setelah layak, guru-guru akan diagihkan di tempat-tempat lain.

SOALAN: Jika misalnya, di universiti bukan graduan pendidikan. Adakah graduan lain dapat memohon pengambilan khas ini?

Pertama, tentang kluster opsyen dan kedua, kepelbagaian pelantikan. Pendekatan baharu kita akan gunakan untuk pengambilan ini. Keutamaan akan diberikan kepada graduan pendidikan. Namun, berkenaan konteks pertama, kluster opsyen, kita tidak berhenti disitu, kita akan lihat secara holistik, apakah kelulusan lain yang boleh dipertimbangkan dalam pengambilan kali ini.

 

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments