Pengawas SPM 2023: Permohonan, Elaun dan Syarat

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Permohonan Pengawas SPM telah dibukan kepada orang awam yang berminat. Inisiatif ini diambil oleh YB Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek untuk membantu guru-guru agar mereka dapat lebih bersama keluarga.

Jika anda berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berminat untuk menjadi Pengawas Peperiksaan SPM 2023, anda boleh membuat permohonan. Tarikh tugas untuk Pengawas Peperiksaan ini dijadualkan bermula dari 30 Januari hingga 7 Mac 2024.

Tarikh Bertugas: 30 Januari hingga 7 Mac 2024

Pengenalan Sukarelawan Pengawas SPM 2023

Lembaga Peperiksaan (LP) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengendalikan peperiksaan bertulis SPM pada tahun 2023, yang akan berlangsung dari 20 Januari hingga 7 Mac 2024. Oleh itu, LP melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) sedang membuka tawaran permohonan kepada orang awam yang berminat untuk menjadi Pengawas Peperiksaan berdasarkan kriteria-kriteria.

Pengawas SPM 2023: Permohonan, Elaun dan Syarat

Apa itu Pengawas SPM?

Pengawas SPM merujuk kepada individu yang bertanggungjawab untuk mengawasi dan memastikan kelancaran proses peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). SPM adalah peperiksaan tingkatan lima (Tingkatan 5) dalam sistem pendidikan Malaysia dan merupakan salah satu peperiksaan penting bagi pelajar-pelajar sekolah menengah di negara tersebut.

Tugas utama Pengawas SPM adalah memastikan bahawa proses peperiksaan berjalan dengan lancar dan berintegriti. Berikut adalah beberapa tugas dan tanggungjawab yang biasanya dijalankan oleh Pengawas SPM:

  • Mengawasi Kelancaran Peperiksaan: Pengawas SPM perlu memastikan bahawa semua langkah yang diperlukan bagi memulakan, mengendalikan, dan mengakhiri peperiksaan berjalan dengan lancar. Ini termasuk mengesahkan identiti calon, menyediakan bahan-bahan peperiksaan, dan memastikan peraturan peperiksaan diikuti.
  • Mengurus Kertas Peperiksaan: Mereka membantu dalam mengagihkan kertas peperiksaan kepada calon dan mengumpulkan kertas-kertas tersebut setelah calon selesai menjawab.
  • Mengawasi Calon: Pengawas SPM perlu mengawasi calon-peperiksaan untuk memastikan mereka tidak melakukan sebarang penipuan atau pelanggaran terhadap peraturan peperiksaan, seperti meniru atau berbual semasa peperiksaan.
  • Memantau Waktu: Mereka perlu memastikan bahawa calon menyiapkan bahagian peperiksaan dalam masa yang ditetapkan dan memberi amaran berkenaan masa yang tinggal.
  • Penjagaan Keselamatan: Selain dari aspek akademik, Pengawas SPM juga bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman dalam bilik peperiksaan. Mereka mungkin perlu mengambil tindakan jika terdapat kecemasan kesihatan atau keselamatan.
Menarik lain :  Universiti Dunia QS 2022 Terbaik di Malaysia

Pengawas SPM 2023: Permohonan, Elaun dan Syarat

Pengawas SPM biasanya terdiri daripada sukarelawan yang berasal dari masyarakat awam, termasuk golongan pesara, untuk membantu dalam menjalankan peperiksaan tersebut. Mereka membantu memastikan bahawa peperiksaan dilaksanakan secara telus dan adil, dan calon-calons yang menjalani peperiksaan SPM dapat melakukannya dalam suasana yang terkawal.

Kriteria Pengawas SPM

Prinsip:

Tawaran ini berdasarkan prinsip sukarelawan;

Elaun:

Elaun akan dibayar berdasarkan jumlah hari bertugas dengan kadar bayaran semasa yang berlaku untuk bukan penjawat awam.

Pengawas SPM 2023: Permohonan, Elaun dan Syarat

Tugas Pengawas SPM 2023

Senarai tugas yang akan diberikan oleh Lembaga Peperiksaan adalah seperti berikut:

  • Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan mengawasi proses peperiksaan dalam dewan atau bilik peperiksaan;
  • Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan dalam pengedaran kertas peperiksaan dan bahan peperiksaan lain mengikut keperluan semasa;
  • Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan dalam mengumpulkan kertas peperiksaan, skrip jawapan peperiksaan, kertas jawapan objektif, dan bahan peperiksaan lain;
  • Mengawasi calon peperiksaan ketika mereka perlu pergi ke tandas dan kembali ke dewan atau bilik peperiksaan;
  • Terus mengawasi calon peperiksaan dalam dewan atau bilik peperiksaan sepanjang peperiksaan berlangsung; dan
  • Melaksanakan tugas lain yang ditetapkan oleh LP berdasarkan arahan dari semasa ke semasa.

Syarat Permohonan Pengawas SPM

Calon yang berminat hendaklah memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Mempunyai sekurang-kurangnya kelayakan SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 65 tahun;
  • Calon adalah pesara atau pelajar kolej atau universiti yang sedang dalam tempoh cuti semester semasa peperiksaan SPM berlangsung;
  • Bebas daripada sebarang rekod jenayah dan tindakan mahkamah; dan
  • Memiliki pengangkutan sendiri.

Pengawas SPM 2023: Permohonan, Elaun dan Syarat

Tempoh Permohonan

Permohonan untuk menjadi Pengawas SPM boleh dibuat dari 12 September 2023 hingga 31 Oktober 2023.

Menarik lain :  Pra-Universiti Berasaskan Ujian Vs Kerja Kursus?

Kaedah Memohon Pengawas SPM

Anda boleh membuat permohonan melalui Pengarah Pendidikan Negeri dengan menggunakan pautan https://bit.ly/44KmnxL 

Permohonan yang berjaya akan dipanggil untuk temuduga di Pejabat Pendidikan Daerah yang berdekatan.

Pengawas SPM 2023: Permohonan, Elaun dan Syarat

Cara Memohon Menjadi Pengawas SPM

  • Klik pada PAUTAN 
  • Masukkan email anda
  • Pilih Negeri anda
  • Pilih Pejabat Pendidikan Daerah (Daerah) anda
  • Isi Maklumat Diri anda

Penerimaan Permohonan

  • Pemohon yang berjaya akan dihubungi dan dikehendaki menjawab surat tawaran dalam tempoh yang ditetapkan;
  • Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas satu bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya; dan
  • Segala perbelanjaan berkaitan dengan permohonan ini adalah ditanggung sendiri oleh pemohon.

Maklumat Lanjut

Jika anda memerlukan maklumat lanjut, sila rujuk kepada maklumat di https://bit.ly/infopengawasspm atau surat tawaran dari KPM yang dilampirkan di bawah atau terus ke https://jpnpp.moe.gov.my/ 

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments