Ad Blocker Detected
Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.
Perkongsian kali ini untuk membantu murid-murid lepasan SPM untuk mengisi permohonan SPA9 untuk jawatan sektor kerajaan. Dulu dipanggil SPA8 dan SPA8i. Inovasi terkini yang semakin canggih, sistem juga perlu membuat transformasi untuk menambahbaik sistem. Semua murid lepasan SPM yang berminat untuk bekerja dalam sektor kerajaan digalakkan untuk membuat permohonan di SPA9 ini.
Cara Membuat Permohonan SPA9 Untuk Jawatan Sektor Kerajaan
Isi maklumat pemohon dan pastikan yang bertanda * diisi. Jangan lupa isi bahagian soalan keselamatan untuk tujuan tetapan semula kata laluan jika pemohon terlupa. Dinasihatkan untuk mencatat supaya tidak berlaku keciciran maklumat diri. Masukkan kata laluan dan kod keselamatan. Klik “bersetuju” dan “Daftar”. Pendaftaran MyID boleh dilakukan sekali sahaja. Untuk mendaftar, Klik “Pendaftaran Pengguna“untuk ke Halaman Pendaftaran.
Skrin Lupa Kata Laluan akan dipaparkan. Isi Maklumat Asas. Pastikan semua medan bertanda * diiisi. Masukkan kata laluan baharu dan kod keselamatan. Isi maklumat soalan keselamatan. Pemohon dapat memilih soalan keselamatan antara Nama Ibu dan Negeri Kelahiran atau Alamat Pengguna. Klik “Hantar”. Untuk reset, Klik “Lupa Kata Laluan” untuk ke Halaman Lupa Kata Laluan.
Skrin Log Masuk akan dipaparkan. Sila masukkan No Kad Pengenalan Pemohon. Masukkan Kata Laluan. Sila pastikan kata laluan yang dimasukkan adalah seperti yang didaftarkan sebelum ini. Klik “Log Masuk”. Jika pemohon adalah pengguna kali pertama, sila klik “Pengguna Kali Pertama”. Jika pemohon ingin reset kata laluan, sila klik “Lupa Kata Laluan”.
Skrin Tukar Kata Laluan akan dipaparkan. Masukkan Kata Laluan Baru dan Sahkan Kata Laluan Baru. Pastikan semua medan bertanda * diiisi. Klik “Hantar”.
Skrin Tukar Jawapan Soalan Keselamatan akan dipaparkan. Halaman ini akan memaparkan dua bahagian iaitu bahagian jawapan soalan keselamtan dan bahagian tukar jawapan soalan keselamatan. Isi di bahagian Tukar Jawapan Soalan Keselamatan. Pastikan semua medan bertanda * diiisi. Klik “Hantar”.
Bahagian Maklumat Pemohon. Bagi mengisi Maklumat Peribadi, Klik pada pautan MAKLUMAT PERIBADI dan skrin berikut akan dipaparkan dengan maklumat-maklumat tertentu telah dimasukkan secara automatik mengikut maklumat yang dimasukkan semasa pemohon melakukan proses “Daftar Akaun Baru”.
Skrin Maklumat Peribadi akan dipaparkan. Sila isi semua maklumat peribadi di ruang disediakan. Klik “Simpan” setelah semua maklumat lengkap diisi. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang bewarna merah (*).
Maklumat Kelayakan Akademik, Klik pada pautan MAKLUMAT KELAYAKAN AKADEMIK dan skrin seperti berikut akan dipaparkan.
PT3/ PMR/SRP
Skrin PT3/PMR/SRP akan dipaparkan. Sila pilih Tahun, Peperiksaan, Mata Pelajaran, Gred dan klik “+Tambah” untuk tambah mata pelajaran di senarai mata pelajaran di jadual bawah. Klik “simpan” setelah maklumat lengkap diisi untuk memastikan maklumat tersebut disimpan. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang bewarna merah (*).
SPM/SPVM/ SPMV
Skrin SPM/SPVM/SPMV akan keluar. Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan. Jika maklumat pemohon wujud di Lembaga Peperiksaan Malaysia, maklumat akan dipaparkan dan tidak dibenarkan membuat perubahan. Sila pilih Jenis Sijil peperiksaan yang diduduki. Kemudian, sila pilih matapelajaran mengikut keputusan sijil dalam ruangan Matapelajaran dan pilih gred yang diperolehi bagi setiap matapelajaran tersebut dalam ruangan Gred. Tekan butang “+Tambah” untuk menambah mata pelajaran. Untuk makluman, Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM / SPMV / SPVM / SPM Mengikut Sistem Terbuka atau Setaraf) Bagi Peperiksaan Kali Kedua (jika berkenaan) adalah untuk diisi oleh pemohon yang menduduki Peperiksaan SPM mengikut Sistem Terbuka Sahaja. Jika berkaitan, tekan pautan Peperiksaan Kali Kedua. Klik “simpan” setelah maklumat lengkap diisi. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang berwarna merah (*).
SVM
Skrin SVM akan dipaparkan . Sila pilih Tahun, Jenis Sijil dan Nama Sijil di ruang di sediakan dan tekan “Simpan”setelah maklumat lengkap diisi. Sila pilih gred bagi mata pelajaran Bahasa Melayu SVM. Sila isi Gred PNGK dan PNGKV di ruang disediakan. Sekiranya ingin mengosongkan maklumat yang telah dimasukkan, sila tekan butang “Hapus Keputusan”. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang berwarna merah (*).
Peperiksaan Ulangan
Skrin Peperiksaan Ulangan akan keluar. Sila pilih Tahun, Mata Pelajaran, Gred dan klik “+Tambah” untuk tambah mata pelajaran di senarai mata pelajaran. Klik “simpan” setelah maklumat lengkap diisi untuk memastikan maklumat tersebut disimpan. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang bewarna merah (*).
SKM
Skrin Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) akan dipaparkan. Sila pilih Tahun Sijil, Nama Sijil dan klik “+Tambah. Klik “simpan” setelah maklumat lengkap diisi untuk memastikan maklumat tersebut disimpan. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang berwarna merah (*).
STPM
Skrin Peperiksaan STPM akan dipaparkan. Sila pilih Tahun Peperiksaan, Jenis Sijil, Mata Pelajaran, Gred dan klik “+Tambah. Sila isi Purata Nilai Gred Keseluruhan(PNGK). Klik “simpan” setelah maklumat lengkap diisi untuk memastikan maklumat tersebut disimpan. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang berwarna merah (*).
STAM
Skrin Peperiksaan STAM akan dipaparkan. Sila pilih Tahun Peperiksaan, Jenis Sijil, Mata Pelajaran, Gred dan klik “+Tambah. Klik butang “simpan” setelah maklumat lengkap diisi untuk memastikan maklumat tersebut disimpan. Untuk makluman, Keputusan Peperiksaan STAM – Peperiksaan Kali Kedua adalah hanya untuk diisi oleh pemohon yang menduduki peperiksaan tersebut dua (2) kali. Jika berkaitan, tekan pautan Peperiksaan Kali Kedua. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang bewarna merah (*).
Sijil Matrikulasi KPM
Skrin Keputusan Sijil Matrikulasi KPM akan dipaparkan. Jika maklumat pemohon wujud di Kementerian Pelajaran Malaysia, maklumat akan dipaparkan dan tidak dibenarkan membuat perubahan.
Pengajian Tinggi
Skrin Keputusan Pengajian Tinggi akan dipaparkan. Sila pilih Tahun Graduasi, Masukkan CGPA(PNGK). Pilih Peringkat Pengajian, Peringkat Kelulusan, Institusi Mengeluarkan Sijil, Institusi Francais Luar Negara, Pengkhususan, Masukkan Nama Sijil, Tarikh Kelulusan Senat dan Biasiswa Pengajian. Klik butang “simpan” setelah maklumat lengkap diisi untuk memastikan maklumat tersebut disimpan. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang berwarna merah (*).
PERINGATAN: Bagi kolum Institusi yang mengeluarkan sijil adalah bermaksud: Institusi yang mengeluarkan sijil Ijazah/Diploma/ Sijil yang diterima semasa graduasi dan BUKAN tempat Kolej/Universiti calon belajar. Klik “Simpan” Sila Isi Tahun Graduasi, CGPA(PNGK), Peringkat Pengajian, Peringkat Kelulusan dan Institusi Mengeluarkan Sijil sekiranya tiada maklumat. Sila tandakan di ruang bagi Institusi Francais Luar Negara Sila Pilih Pengkhususan, Isi Nama Sijil, Tarikh Kelulusan Senat dan Pilih Biasiswa Pengajian.
Profesional/Ikhtisas
Ruangan ini hanya perlu diisi oleh pemohon yang memiliki sijil daripada badan-badan profesional dan ikhtisas yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Sijil Kelayakan daripada badan-badan professional/ikhtisas akan dipaparkan seperti di atas. Sila pilih Nama Sijil, Tarikh Keahlian dan masukkan No. Keahlian. Klik butang “+Tambah”. Klik butang “Seterusnya” untuk ke halaman seterusnya.
Maklumat Sedang Berkhidmat
Kategori Perkhidmatan. Menu ini akan dipaparkan jika pemohon memilih “YA” pada soalan “Adakah anda sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam / Kerajaan Tempatan / Badan Berkanun / Polis?”. Soalan tersebut terdapat pada skrin Maklumat Pemohon Pengesahan Ketua Jabatan (Lampiran A) dan Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan (Lampiran D) hendaklah dibawa semasa temuduga. Klik pada menu Pegawai Sedang Berkhidmat, sub-menu “Kategori Perkhidmatan” dan skrin seperti di bawah akan dipaparkan:
PERINGATAN: Calon yang tidak lagi berkhidmat dengan Kerajaan, mesti klik butang SET SEMULA (-) bagi maklumat PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT terlebih dahulu dan SIMPAN.
Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang berwarna merah (*).
Pada Maklumat Perkhidmatan, sila Klik pada menu Pegawai Sedang Berkhidmat, sub-menu “Maklumat Perkhidmatan” dan skrin seperti di bawah akan dipaparkan. Isi Tarikh Lantikan Pertama ke Perkhidmatan Awam, Pilih Skim dan Gred Perkhidmatan Lantikan, Gred Jawatan Sekarang dan masukkan Tarikh lantikan ke Skim Perkhidmatan. Isi Tarikh Pengesah ke Skim Perkhidmatan Sekarang(Jika Berkenaan), Pilih Kementerian/Jabatan Tempat Bertugas, Negeri Tempat Bertugas dan Bahagian/Daerah/Jajahan Tempat Bertugas. Klik butang “Simpan”. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang berwarna merah (*).
Peperiksaan PSL
Klik pada menu Pegawai Sedang Berkhidmat, sub-menu “Peperiksaan PSL” dan skrin seperti di bawah akan dipaparkan. Pemohon yang menduduki Peperiksaan PSL perlu mengisi Tarikh Lulus Peperiksaan PSL. Tekan butang “+ Tambah”. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang berwarna merah (*).
Maklumat Bekas Tentera
Ruang ini hanya perlu diisi oleh pemohon yang terdiri daripada bekas tentera. Pilih Kategori dan Pangkat. Klik “Simpan”. Jika calon ialah bekas tentera, medan kategori bekas tentera yang ditamatkan perkhidmatan akan muncul. Calon di kehendaki untuk memilih salah satu daripada 24 perkara tersebut. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang berwarna merah (*).
Maklumat Bukan Akademik seperti Kebolehan Bahasa. Ruang Kebolehan Bahasa hanya diisi oleh pemohon yang memohon jawatan di bawah klasifikasi perkhidmatan Kebolehan Bahasa. Pilih Bahasa/Dialek. Pilih Penguasaan Bahasa. Klik “+Tambah”. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang bewarna merah (*).
Pada ruangan Bakat, Ruang Bakat hanya diisi oleh pemohon yang memohon jawatan di bawah klasifikasi perkhidmatan Bakat. Pilih Bakat. Klik “+Tambah”. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang berwarna merah (*).
Sukan, Ruang Sukan hanya diisi oleh pemohon yang memohon jawatan di bawah klasifikasi perkhidmatan Sukan. Pilih Jenis Sukan, Peringkat Penglibatan. Klik “+Tambah”. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang bewarna merah (*).
Bagi Penerima Bantuan. Ruang Penerima Bantuan hanya perlu diisi sekiranya ibu / bapa / pemohon menerima bantuan Program Kesejahteraan Rakyat / Bantuan Kebajikan Masyarakat / Program Perumahan Rakyat. Sila isi maklumat seperti berikut, Pilih No. Pendaftaran/Rujukan. Pilih Jenis Bantuan. Klik “Simpan”. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang berwarna merah (*).
Kurang Upaya. Pada Ruang Kurang Upaya pula adalah untuk diisi oleh pemohon yang terdiri daripada Orang Kurang Upaya (OKU) sahaja. Sila isi maklumat ini. Pilih No. Pendaftaran. Pilih Jenis Kurang Upaya. Klik “Simpan”. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang berwarna merah (*).
Jawatan Dipohon. Pada bahagian Bakat, Klik pada menu JAWATAN DIMOHON, sub-menu “Bakat” seperti berikut akan dipaparkan:
Pilih Jawatan Bakat Layak Dipohon dan tekan “+Tambah”. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang berwarna merah (*).
Latihan Separa Perubatan. Klik pada menu JAWATAN DIMOHON, sub-menu “Latihan Separa Perubatan” seperti berikut akan dipaparkan:
Pilih Jawatan Latihan Separa yang Layak Dipohon dan tekan “+Tambah”. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang berwarna merah (*).
PT3/PMR. Klik pada menu JAWATAN DIMOHON, sub-menu “PT3/PMR” seperti berikut akan dipaparkan:
Pilih Jawatan PT3/PMR Layak Dipohon dan tekan “+Tambah”. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang berwarna merah (*).
SPM/ SPVM/ SPMV/ SVM/ SKM. Klik pada menu JAWATAN DIMOHON, sub-menu “SPM/ SPVM/ SPMV/ SVM/ SKM” seperti berikut akan dipaparkan:
Pilih Jawatan SPM/SPVM/SPMV/SVM/SKM Layak Dipohon dan tekan “+Tambah”. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang bewarna merah (*)
Diploma/ STPM/ STAM/ Matrikulasi. Klik pada menu JAWATAN DIMOHON, sub-menu “Diploma/ STPM/ STAM/ Matrikulasi” seperti berikut akan dipaparkan:
Pilih Jawatan Diploma/STPM/STAM/Matrikulasi Layak Dipohon dan tekan “+Tambah”. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang berwarna merah (*).
Ijazah. Klik pada menu JAWATAN DIMOHON, sub-menu “Ijazah” seperti berikut akan dipaparkan:
Pilih Jawatan Ijazah Layak Dipohon dan tekan “+Tambah”. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang berwarna merah (*).
Perakuan Pemohon. Semakan Maklumat Permohonan. Klik pada pautan Pengakuan Pemohon dan skrin seperti berikut akan dipaparkan:
PERINGATAN: Calon mesti semak kembali senarai jawatan yang di mohon adalah seperti yang calon pilih. Pastikan tarikh hantar dan tarikh daftar adalah sama. Jika sama bermaksud permohonan Berjaya sampai ke SPA. Jika tidak sama, sila semak semula padanan maklumat yang dimasukkan di setiap menu. Pastikan semua medan bertanda (*) diisi dan diSIMPAN
Perakuan Pemohon. Klik pada pautan Pengakuan Pemohon dan skrin.
Sila klik pada petak SETUJU dan tanda √ akan dipaparkan dalam petak yang berkenaan. Sekiranya pemohon telah berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diisi sila klik pada butang HANTAR. Kecuaian pemohon meninggalkan langkah menekan butang HANTAR akan menyebabkan permohonan pemohon tidak akan diproses. Pemohon boleh mencetak Slip Akuan Pendaftaran sebagai rujukan.
PERINGATAN: Pastikan semua maklumat adalah sama seperti maklumat yang didaftarkan.
Semakan Permohonan. Status Permohonan. Permohonan Yang Telah Didaftarkan. Apabila pautan “Permohonan Yang Telah Didaftarkan” ditekan.
PERINGATAN: Calon mesti semak kembali senarai jawatan yang di mohon adalah seperti yang calon pilih. Pastikan tarikh hantar dan tarikh daftar adalah sama. Jika sama bermaksud permohonan Berjaya sampai di SPA dan jika tidak sila semak semula maklumat yang dimasukkan. Pastikan medan bertanda (*) dipenuhkan.
Status Permohonan Semasa. Apabila pautan “Status Permohonan Semasa” ditekan.
Status Permohonan Jawatan Yang Pernah Dimohon. Apabila pautan “Status Permohonan Jawatan Yang Pernah Dimohon” ditekan.
Selamat membuat permohonan SPA9.
Tq for info
Boleh mohon kalau menepati kelayakan