PKSK 2024/2025: Semakan Tempat, Tarikh & Format Ujian

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

PKSK 2024/2025 telah dibuka untuk semakan! Semua boleh semak sekarang!

Sekolah khusus ialah tempat yang menarik perhatian semua pelajar. Tapi, semua tahu tak, bagi sesetengah pelajar, sekolah ini mungkin merupakan peluang yang jarang dapat untuk mengembangkan bakat unik para pelajar. Mungkin bagi yang lain, ini boleh jadi peluang untuk mendapatkan bimbingan yang lebih fokus dalam bidang tertentu. 

Bagi memastikan pelajar sesuai dengan kursus yang diterima untuk sesi 2024, sekolah khusus akan buat proses pentaksiran kemasukan yang dikenali sebagai Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK 2024/2025)

PKSK, Apakah itu?

PKSK tu ialah singkatan untuk Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus. Ia satu proses pentaksiran atau penilaian yang dijalankan oleh sekolah khusus untuk menentukan sama ada seorang calon pelajar sesuai untuk diterima masuk ke dalam sekolah atau program khusus mereka.

Kenapa pentingnya PKSK?

PKSK penting kerana boleh bagi sekolah khusus memilih pelajar yang paling sesuai dengan matlamat dan objektif sekolah. Ini juga membantu untuk memastikan pelajar yang diterima akan mendapat manfaat maksimum daripada pengalaman pendidikan yang disediakan.

Bagaimana PKSK Berfungsi?

Ada beberapa langkah dalam peperiksaan PKSK seperti ujian kemahiran, temu ramah, penilaian portfolio, atau kaedah penilaian lain yang mesti sesuai dengan keperluan sekolah khusus. Setiap sekolah khusus mungkin ada proses yang berbeza bergantung kepada matlamat pendidikan sekolah.

Contoh PKSK:

Kalau calon pelajar yang berminat untuk untuk masuk kursus dalam sekolah seni, mereka mungkin  akan dikehendaki untuk menghadiri ujian seperti uji bakat di mana dekat situ mereka perlu menunjukkan bakat mereka dalam bidang seni tertentu seperti tarian, muzik, atau seni lukis. Ini membolehkan sekolah seni menilai tahap bakat pelajar.

Kenapa Ramai Nak Masuk PKSK

PKSK ada beberapa kelebihan yang penting. Pertama, mesti memastikan bahawa pelajar yang diterima mempunyai minat dan bakat dalam bidang yang berkaitan dengan sekolah khusus yang dipohon. Dengan cara ini, ia dapat membantu cipta persekitaran lebih berfokus kepada pelajar. Kedua, sekolah khusus boleh mengenal pasti keperluan pelajar dan menyediakan sokongan yang sesuai kepada pelajar.

Menarik lain :  eSPMB Pinjaman YAKIN 2021 @ Yayasan Kelantan

PKSK 2024/2025 Semakan Tempat, Tarikh & Format Ujian

Jenis-Jenis Sekolah Khusus

Terdapat beberapa jenis sekolah khusus yang anda boleh pertimbangkan, kalau anda berminat untuk memasuki sekolah khusus:

  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Menengah Teknik (SMT)
  • Kolej Vokasional (KV)
  • Maktab Tentera Diraja (MTD)

Tarikh-Tarikh Penting PKSK 2024/2025

Anda perlu tahu tarikh-tarikh penting yang berkaitan dengan PKSK 2024/2025:

  • Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus: Mulai dari 01 Ogos hingga 17 September 2023.
  • Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 4: Dari 25 September hingga 13 Oktober 2023.
  • Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 1: Dari 25 September hingga 27 Oktober 2023.
  • Pelaksanaan PKSK Tingkatan 4 & 1 SVM: Dari 02 hingga 13 Oktober 2023.
  • Pelaksanaan PKSK Tingkatan 1: Dari 16 hingga 27 Oktober 2023.

PKSK 2024/2025 Semakan Tempat, Tarikh & Format Ujian

Tarikh Untuk Menduduki PKSK 2024/2025

Ujian Pemilihan Sekolah Khusus 2023 bagi sesi 2024/2025 akan diadakan pada tarikh berikut:

  • Pelaksanaan PKSK Tingkatan 4 & 1 SVM: Dari 02 hingga 13 Oktober 2023.
  • Pelaksanaan PKSK Tingkatan 1: Dari 16 hingga 27 Oktober 2023.

Semakan Pusat Ujian PKSK 2024/2025 Tingkatan 1 & 4

PENTING! Pastikan anda semak tarikh semakan pusat pentaksiran berikut:

  • Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 4: Dari 25 September hingga 13 Oktober 2023.
  • Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 1: Dari 25 September hingga 27 Oktober 2023.

Jadi, Macam Mana untuk Semak?

Anda boleh semak keputusan melalui pautan berikut:

Tingkatan 1: Pautan Semakan

Tingkatan 4: Pautan Semakan

PENTING: Pastikan cetak slip pendaftaran dan borang deklarasi, dan bawa bersama mykad / MyKid untuk pengesahan semasa pendaftaran. Jangan lupa!

Persediaan Penting untuk Menduduki Ujian PKSK 2024/2025

PKSK 2024/2025 Semakan Tempat, Tarikh & Format Ujian

Sekiranya anda merupakan calon yang bakal menduduki PKSK, pastikan anda membawa:

  • Kad Pengenalan Diri
  • Slip Pendaftaran Ujian
  • Borang Deklarasi Kesihatan
  • Alat tulis
  • Pakaian seragam sekolah dan sentiasa patuhi SOP serta pakai pelitup muka semasa ujian.
Menarik lain :  Pemansuhan UPSR dan 3 Kebaikannya

PKSK 2024/2025 Semakan Tempat, Tarikh & Format Ujian

Format Ujian Penilaian Kemasukan Ke Sekolah Khusus PKSK 2024/2025

Ujian PKSK mengandungi tiga bahagian utama:

PKSK 2024/2025 Semakan Tempat, Tarikh & Format Ujian

Bahagian A: Kecerdasan Insaniah (Skor 20%)

  • Merangkumi EQ, SQ, SSQ
  • 30 soalan objektif

Bahagian B: Kecerdasan Intelek (Skor 70%)

  • Merangkumi IQ, Pengetahuan Am & Penyelesaian Masalah
  • Soalan Math & Sains
  • 10 soalan Bahasa Inggeris
  • Tempoh ujian 90 minit

Bahagian C: Artikulasi Penulisan (Skor 10%)

  • Karangan dalam Bahasa Melayu
  • Pilih satu daripada 3 tajuk karangan
  • 100 patah perkataan (minimum) untuk Tingkatan 1, 250 patah perkataan untuk Tingkatan 4
  • Tempoh masa 45 minit

PKSK 2024/2025 Semakan Tempat, Tarikh & Format Ujian

Maklumat Lanjut

Jika anda memerlukan maklumat lanjut, hubungi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui nombor berikut:

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh : 03-8321 7400

Bahagian Pendidikan Islam : 03-8321 7200

Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional : 03-8884 5154

Maktab Tentera Diraja : 03-8946 5562

Ingat, sebarang kemaskini akan diumumkan di laman web rasmi KPM: Laman Web KPM

 

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments