Syarat Kemasukan Kolej Matrikulasi 2021

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Kolej matrikulasi adalah salah satu institusi pengajian tinggi di Malaysia yang dikelola oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Terdapat tujuh belas buah Kolej Matrikulasi di Malaysia yang menyediakan program-program pra-universiti bagi pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).kolej matrikulasi

Setiap tahun, Kementerian Pelajaran Malaysia akan membuka peluang kepada semua pelajar di seluruh Malaysia untuk membuat permohonan bagi kemasukan ke matrikulasi. Pelajar-pelajar boleh membuat permohonan secara online melalui laman sesawang UPU Online.

Hebahan untuk tarikh permohonan boleh disemak di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia bahagian Matrikulasi.

Program di Kolej Matrikulasi

Untuk makluman anda, terdapat dua program yang ditawarkan di Matrikulasi iaitu program satu tahun dan program dua tahun. Program ini akan dipilih oleh pelajar berdasarkan minat, tahap kemampuan dan keputusan SPM. KPM juga telah menetapkan beberapa syarat bagi kemasukan ke Matrikulasi. Jadi, mudah untuk anda memohon berdasarkan kelayakan anda jika anda semak dahulu syarat-syaratnya.

Syarat Kemasukan ke Kolej Matrikulasi

Anda digalakkan untuk membuat semakan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan. Berikut adalah syarat-syarat kemasukan:

Syarat Kelayakan Am

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak lebih 20 tahun.
  • Merupakan calon SPM tahun semasa.

Syarat Minimum Kelayakan Akademik (SPM)

Jurusan Sains (Program Satu Tahun)

  • Bahasa Melayu – C
  • Bahasa Inggeris – C
  • Matematik – B
  • Matematik Tambahan – C
  • Kimia – C
  • Fizik/ Biologi – C
  • Sejarah –  Lulus

Jurusan Sains (Program Dua Tahun)

  • Bahasa Melayu – C
  • Bahasa Inggeris – C
  • Matematik – C
  • Matematik Tambahan – Lulus
  • Kimia – Lulus
  • Fizik/ Biologi/ Sains Komputer – Lulus
  • Sejarah –  Lulus

Jurusan Kejuruteraan

  • Bahasa Melayu – C
  • Bahasa Inggeris – C
  • Matematik – B
  • Matematik Tambahan – C
  • Fizik – C
  • Kimia – Lulus
  • Sejarah –  Lulus
Menarik lain :  Projek Bantuan Sekolah Berasrama Penuh 2023

Mana-mana (1) mata pelajaran berikut sekurang-kurangnya C:

  • Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Asas Kelestarian Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

 

Jurusan Perakaunan

  • Bahasa Melayu – C
  • Bahasa Inggeris – C
  • Matematik – C
  • Matematik Tambahan – C
  • Sejarah – Lulus

Mana-mana (2) mata pelajaran berikut sekurang-kurangnya gred C:

  • Kimia/ Fizik/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Asas Kelestarian Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

Jurusan Perakaunan Profesional

  • Bahasa Melayu – C
  • Bahasa Inggeris – A
  • Matematik – A
  • Matematik Tambahan – A
  • Sejarah – Lulus

Mana-mana (3) mata pelajaran berikut mendapat gred A:

  • Kimia/ Fizik/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Asas Kelestarian Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

Pastikan anda telah menyemak setiap kelayakan berikut sebelum membuat permohonan.

Jika ada sebarang pertanyaan lanjut atau kemusykilan mengenai Kolej Matrikulasi, boleh klik pautan Portal Rasmi Bahagian Matrikulasi. Selamat Maju Jaya.

Anda juga boleh membaca artikel, Halatuju Selepas Matrikulasi dan Asasi

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments