Ad Blocker Detected
Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.
Tarikh Buka Sekolah 2024 sudah diumumkan. Alhamdulillah, berita gembira buat semua pelajar, ibu bapa, dan guru-guru!
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan penuh semangat mengumumkan tarikh buka sekolah untuk sesi akademik 2024/2025. Boleh lah ibu bapa dan guru-guru merancang cuti dan aktiviti mereka untuk tahun 2024.
Tarikh Buka Sekolah 2024 untuk Kumpulan A dan Kumpulan B
Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan, dan Terengganu)
Kumpulan A ni merupakan neger-negeri yang cuti mingguannya ialah Jumaat dan Sabtu.
Untuk kawan-kawan kita yang bersekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan, dan Terengganu, persediaan perlu bermula awal. Tarikh buka sekolah 2024 untuk kumpulan ini adalah pada 10 Mac 2024.
Kumpulan B (Negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya)
Kumpulan B ni merupakan neger-negeri yang cuti mingguannya ialah Sabtu dan Ahad.
Bagi kawan-kawan kita yang bersekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Wilayah Persekutuan Putrajaya, tarikh buka sekolah 2024 yang perlu diingat adalah 11 Mac 2024.
Kalendar Akademik Sesi 2024/2025
Selain daripada tarikh buka sekolah 2024, kita juga ada Kalendar Akademik KPM untuk sesi 2024/2025.
Penting tau kalendar ni kerana penting untuk rujukan semua pihak supaya kita tahu tarikh-tarikh penting dalam kalendar akademik ini. Anda boleh lihat butiran lanjut dalam Lampiran A dan Lampiran B di sumber rasmi yang telah disediakan.
Kalendar Cuti Perayaan Sesi 2024/2025
Bagi mereka yang suka merancang cuti-cuti, jangan risau! KPM juga telah mengumumkan Kalendar Cuti Perayaan untuk sesi 2024/2025. Jadi, anda boleh merancang percutian dengan lebih baik. Untuk tarikh-tarikh cuti yang menarik, boleh rujuk kepada sumber rasmi yang telah disediakan.

Takwim Sekolah KPM Akan Kembali Kepada Januari
Ini adalah berita yang ditunggu-tunggu oleh semua pihak.
Setelah sekian lama anak-anak mula sekolah pada bulan Mac sejak Pandemik Covid-19 melanda Malaysia yang lalu, kini KPM memberi jaminan bahawa takwim persekolahan akan kembali kepada norma, bermula pada bulan Januari. Ini adalah berita baik untuk semua ibu bapa dan pelajar-pelajar.
Tak perlu pening-pening mengenai tarikh dan tahun anak-anak bersekolah, Jika tidak bulan Mac selalunya baru masuk darjah yang baru.
Kenapa Tarikh Buka Sekolah Berubah-ubah?
Kalau anda pernah terperanjat dengan perubahan tarikh masuk sekolah di Malaysia, jangan risau, anda tak keseorangan! Ini adalah soalan yang banyak ibu bapa dan pelajar tanya. Jadi, mari kita siasat sebab-sebab yang membawa kepada perubahan-perubahan ni.
- Pandemik COVID-19
Eh, macam mana kita boleh lupa pandemik ni, kan? COVID-19 memang terpaksa diambil kira dalam penjadualan tarikh masuk sekolah. Keselamatan kita semua mestilah adalah yang utama. Jadi, bila wabak ni melanda, kerajaan kena bertindak pantas untuk pastikan kita semua selamat. Sebab tu, ada penangguhan dan perubahan dalam tarikh masuk sekolah.
- Perubahan dalam Pendidikan
Sekali-sekala, ada perubahan dalam sistem pendidikan atau kurikulum. Mungkin ada benda baru yang nak dimasukkan atau ubahsuai yang kena buat. Ini memerlukan masa dan perancangan yang betul. Jadi, tarikh masuk sekolah pun boleh berubah supaya semua benda jalan lancar.
- Faktor Tempatan
Faktor-faktor tempatan juga boleh berpengaruh. Banjir, cuaca buruk, atau kejadian tak terduga lain boleh menyebabkan penangguhan tarikh masuk sekolah. Keselamatan pelajar adalah yang paling penting.
- Pertimbangan Kalendar Kebudayaan
Kadang-kadang, tarikh masuk sekolah juga bergantung pada tarikh-tarikh penting dalam kalender saka atau suku tahun. Ini boleh mempengaruhi tarikh masuk sekolah bagi sesetengah komuniti, budaya, agama dan suuku kaum.
Penyesuaian Tarikh Persekolahan
Kita semua tahu bahawa beberapa tahun lepas, tarikh persekolahan telah berubah disebabkan oleh pandemik Covid-19. Sekarang, dengan keadaan semakin stabil, kita boleh kembali kepada norma pada sesi tarikh buka sekolah 2024/2025.
Pertimbangan Tempatan dan Jadual Peperiksaan
Bila pembukaan sekolah lambat, malah segala peperiksaan pastinya akan ditunda, kan?
Dalam membuat penyesuaian takwim, Kementerian Pendidikan Malaysia juga mempertimbangkan faktor-faktor seperti ekonomi tempatan dan risiko banjir pada hujung tahun.
Bukan apa, ini penting sangat untuk memastikan persekolahan berjalan dengan lancar. Dan yang terpenting, ini tidak akan mengganggu jadual peperiksaan penting seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
Maklumat Lanjut Mengenai Tarikh Buka Sekolah 2024
Untuk maklumat lanjut dan rujukan rasmi mengenai takwin dan Tarikh Buka Sekolah 2024, jangan lupa kunjungi laman sesawang KPM di https://www.moe.gov.my/takwim