Ad Blocker Detected
Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.
Berikutan itu, pihak KPM sedar akan kepentingan untuk kembali memperkenalkan serta menyiarkan program-program pendidikan yang meliputi silibus kedua dua peringkat sekolah melalui TV Pendidikan. Ia dilihat sebagai satu langkah yang berkesan dalam memastikan tiada pelajar yang keciciran dalam pembelajaran.
Antara program yang disiarkan di TV tersebut adalah subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Sains dan selainnya.
Namun baru-baru ini, melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak KPM di akaun rasmi Twitternya mengumumkan bahawa terdapat penambahan slot di TV tersebut selama 2 jam.
TV Pendidikan Kini Bersiaran Selama 11 Jam
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui satu kenyataan media memaklumkan penambahan slot program TV Pendidikan di DidikTV@NTV7 selama 2 jam. Melalui kenyataan media tersebut, KPM memaklumkan akan menambah slot program selama 2 jam khusus buat pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 22 Februari ini.
“Mulai 27 Januari 2021, KPM akan menambah Slot Program TV Pendidikan dalam program DidikTV@NTV7, khusus untuk calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020.”
Menurut kenyataan tersebut lagi, slot tersebut adalah khusus untuk calon SPM tahun 2020 dan akan memberi tumpuan kepada pembelajaran subjek-subjek SPM sahaja bagi membantu calon SPM 2020 untuk menghadapi peperiksaan penting itu.
“Slot ini akan memberi fokus kepada kandungan pendidikan bagi membantu calon SPM tahun 2020 membuat persediaan sebelum menghadapi peperiksaan yang akan bermula pada 22 Februari 2021.”
Penambahan 2 jam slot program tersebut menjadikan jumlah keseluruhan penyiaran program TV Pendidikan adalah selama 11 jam.
2 jam slot tambahan itu bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Jumaat daripada jam 3 sehingga 5 petang serta boleh ditonton di DidikTV@NTV7.
Sebelum ini program TV Pendidikan hanya bersiaran selama 9 jam di 3 saluran iaitu 2 jam di TV Okey RTM, 4 jam di Tutor TV Astro (Saluran 601 dan 603) dan 3 jam di NTV7.
Jadual berkaitan dengan waktu penyiaran program boleh didapati di laman sesawang rasmi KPM di pautan berikut: Jadual Siaran TV Pendidikan
Pihak KPM turut menyatakan keyakinan mereka terhadap keberkesanan perlaksanaan kaedah PdPR ini dan mengharapkan pihak guru, ibu bapa dan murid dapat memanfaatkan program-program yang disiarkan di TV tersebut.
“KPM yakin Program TV Pendidikan yang disediakan ini dapat dimanfaatkan oleh murid, guru dan ibu bapa sebagai salah satu kaedah PdPR yang berkesan.”
Melalui satu kenyataan lain, Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin turut menyatakan bahawa pihak KPM akan terus komited dalam memperkasakan TV tersebut.
“KPM sentiasa berusaha untuk terus memperkasakan TV Pendidikan dengan pendekatan yang bersesuaian” ujarnya dalam satu ciapan di akaun Twitter rasminya.
Untuk mengetahui tips-tips belajar yang berkesan sepanjang dalam tempoh PKP ini, layari pautan yang berikut Tips Pembelajaran Online Berkesan