Ad Blocker Detected
Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.
Undi18 telah dicetuskan oleh sekumpulan pergerakan belia yang telah berjaya mencadangkan pindaan perlembagaan pada Julai 2019 untuk mengurangkan umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun, mendapat sokongan padu daripada kedua-dua belah spektrum politik.
Jadi, Pada tahun ini merupakan kali pertama mereka yang berusia 18 hingga 20 tahun diberikan mandat untuk memilih ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri.
Kerja, Pendidikan dan PRU15
Pekerjaan adalah penting kerana ia membolehkan orang ramai menyara diri mereka dari segi kewangan dan memberi kembali kepada masyarakat.
Kekuatan ekonomi secara langsung dipengaruhi oleh hasil pilihan raya kerana pengagihan kuasa berubah bergantung kepada parti mana yang menang dan mana yang kalah. Secara lanjutan, langkah-langkah ini secara langsung akan menjejaskan ekonomi, yang kemudiannya akan memberi kesan kepada pekerjaan dan pekerja.
Sebagai contoh, jika kerajaan memutuskan untuk menurunkan kadar cukai, ini mungkin akan meningkatkan pelaburan ekonomi dan produktiviti, yang seterusnya mewujudkan lebih banyak pekerjaan. Sebaliknya, jika kerajaan memutuskan untuk menaikkan cukai, ia akan memberi kesan negatif terhadap jumlah wang yang perlu dilaburkan dan dibelanjakan oleh rakyat. Ini boleh mengakibatkan pengembangan ekonomi yang lebih perlahan dan lebih sedikit pekerjaan.
Sebagai contoh, kerajaan membuat dasar kenaikan gaji minimum dinaikkan secara tahunan secara RM200. Ini bermakna secara automatisnya gaji akan dinaikkan sehingga kadar tertentu yang boleh menjamin kualiti hidup semua orang.
Sebagai contoh, kerajaan membuat dasar untuk unjuran bagi silibus apa yang diperlukan untuk masa depan, yakni, untuk mengelakkan para mahasiswa penat dengan silibus yang tidak menjamin masa depan dan menjamin pekerjaan di dalam bidang pendidikan yang dipelajari. Atau lebih mudah, elak underemployed dan unemployed.
Boleh ke UNDI18 atau siapa-siapa pengundi terlibat didalam penggubalan dasar.
Secara khususnya tidak. Jadi, gunakan mandat 4-5 tahun sekali ini untuk mengundi.
Okay Bagi pengundi baru atau UNDI18…
Apa yang Kita Perlu Buat di Hari mengundi?
- Pergi ke Laman Web SPR untuk menyemak tempat mengundi anda dan nombor saluran mengundi.
- Di tapak mengundi, anda akan dibimbing oleh mereka yang bertugas di hari pengundian.
- Masuk ke saluran mengundi, dapat kertas. Pastikan nama, nombor kad pengenalan dan segala maklumat adalah betul.
- Celupkan jari kedalam dakwat biru (ikut arahan petugas)
- Pergi ke bilik mengundi, pangkah (X) kepada calon pilihan anda.
- Lipat kertas anda dan masukkan kedalam kotak mengundi.
AMARAN: Dilarang mengambil gambar kertas anda, atau video didalam bilik mengundi. Di larang memakai pakaian yang mempunyai lambang mana-mana parti. PASTIKAN ANDA MEMBAWA KAD PENGENALAN.
Mengapa setiap undian digelar penentu negara?
Menurut Merdeka Center, pengenalan UNDI18 pada 2019 secara automatik telah mendaftarkan lebih 5.8 juta pengundi baharu di seluruh negara, menyebabkan belia membentuk 58% daripada keseluruhan pengundi.
Jadinya 58% dari UNDI18 ini akan memainkan peranan dan mengubah lanskap undian di Malaysia setelah lebih 60 tahun kita dapat melihat corak lanskap yang sama. Ya, anda yang berusia 18 tahun hingga 20 tahun memberikan impak yang penting dalam PRU15 atau Pilihan Raya Umum ke-15 yang akan berlangsung pada 19 November 2022.
Ahli politik telah memainkan peranan penting dalam mempengaruhi ekonomi. Mereka adalah orang-orang terpilih yang memilih arah yang akan diambil oleh negara, meluluskan dan menyelia undang-undang yang mesti dipatuhi oleh rakyatnya dan mewujudkan dasar yang akhirnya boleh menentukan pengembangan ekonomi.
Bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi untuk semua orang yang tinggal di Malaysia.
Setiap dasar ditentukan di Parlimen.
Anda mahukan gaji minimum yang mencukupi untuk kehidupan anda? Undi.
Anda inginkan dasar yang membolehkan silibus di universiti dirombak semula? Undi.
Anda impikan perubahan dalam sistem pendidikan? Undi.
Boleh dikatakan from A to Z, dasar dan perubahan di dalam negara akan digubal di dalam Parlimen. Dari sudut ekonomi, sosial, pendidikan, pengakutan, saluran air, alam sekitar, kerja, perumahan dan semuanya, bergantung kepada undi anda pada 19 November ini.
Jadi, 5.8 juta pengundi baharu melalui penggubalan undang-undang UNDI18 akan memberi impak yang sangat besar kepada lanskap politik dan masa depan negara.
Jadi, ini ialah tanggungjawab anda, yang perlu anda lakukan 4 hingga 5 tahun sekali. Dan, ianya adalah sangat penting untuk memilih dan mengundi calon yang sesuai dan berusaha ke arah peningkatan negara.
Adalah penting untuk anda menyuarakan keyakinan anda melalui ruang mengundi, tanpa mengira apa atau siapa yang anda sokong. Undi adalah tanggungjawab anda.
Jadi buat semua UNDI18, kami di WebPendidikan ingin mengucapkan selamat mengundi!